4

Asma'39~AL-HAFIZ

10:30 |

MAHA PEMELIHARA/PELINDUNG


Al-Hafiz,Pemelihara.Penjaga bagi semua.Menjaga segalanya dari kemusnahan atau kegoyahan.Allah s.w.t.melindungi amal kebajikan hamba-Nya dan amal kebajikan ini akan membantu mereka di hari kiamat kelak.

1-->Perlindungan dari binatang buas
Jika anda berada di dalam hutan dan diancam oleh binatang liar atau haiwan berbisa,bacalah Ya Hafiz 99 kali,insya Allah anda akan selamat.

2-->Perlindungan dari banjir dan kebuluran
Untuk mengelakkan bahaya banjir dan kebuluran ataupun ribut petir dan sebagainya,bacalah Ya Hafiz 16 kali,insya Allah anda akan selamat.

3-->Perlindungan dari masalah besar
Baca Ya Hafiz 11 kali selepas solat Subuh atau Maghrib agar diselamatkan dari kemalangan dan sebagainya.Hembus kepada anak2 yang mendapat mimpi buruk kerana zikir ini melindungi dari jin dan syaitan,insya Allah.


Nota Comel-->Kite sendiri mengamalkan zikir Ya Hafiz sebelum melangkah keluar pintu, setiap kali hendak ke tempat kerja/ke mana-mana sahaja.



Kredit Info:
  • Buku Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

4 comments

26/4/11 11:23

info yg baik.. blh di amalkan nati :)

26/4/11 21:27

alhamdulillah..peringatan yg sgt berguna..akan diamalkan..insyaAllah

26/4/11 22:35

Allah yang memelihara sekelian makhluk-Nya dan alam ini dari kebinasaan, sehingga Dia mentaqdirkan sebaliknya.

Manakala memelihara amalan drp kecacatan adalah kewajipan bagi mereka yg inginkan kesejahteraan di 'sana'.
Mudah2an...

28/4/11 09:41

terima kasih atas perkongsian dan peringatan... :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...