6

Balik gym layan Carlsberg???Untuk tambah stamina ke atau tempah diri ke neraka?

23:15 |
Salam malam minggu.Ni nak citer kite baru je jemput hubby dari ERL di Salak Tinggi,Sepang,dekat je ngan area rumah.Hubby ajaklah kitorang gi kedai serbaneka yang famous tu.Alang2 hubby sembang dengan owner gym.Gym bro ni elok je atas kedai serbaneka tu.


Kite pun bawalah anak2 masuk dan macam biasalah pilih macam2 makanan dan minuman ringgan.Sambil lepak tengok tv sambil mengunyah.Masa kat kaunter tengah nak kuarkan duit,kite pun terpandanglah 2 orang atau 2 EKOR mamat yang selamba bawa botol2 dan tin color hijau.Sekali pandang perghhhhh...hijau mata kite ngan budak counter.


Anak2 kite macam nak buka mulut nak tanya kite,tapi kite cepat2 nak blah.2 ekor mamat tadi nampak tersipu-sipu nak letak segala minuman atas kaunter sebab nampak kite yang bertudung ni sambil bawa anak.Kite pandang cashier lelaki tu,dia pun pandang kite.Nampak staff tu pun geleng kepala.


BIla keluar je dari kedai tu apalagi soalan peluru bertubi-tubi dari si kembar."Mama abang tu minum arak ke?Ustazah kata haramlah,ma.Nanti masuk neraka."Sorang lagi kembar lak cakap "Ma,abang tu orang Islam kan?Dia tak tau ke arak tu haram,dosa?"


Alahai..apa kaitan penat ber'gym' dengan arak?Kalau nak hilangkan dahaga dan tambah stamina semula,minumlah Red Bull ke....Revive ke...alahai apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang.Dah namanya malam minggu,alang2 teguk arak dah tentu angkut awek dan buat projek.Malaysia kena berkeras tentang penjualan arak di kedai serbaneka.Mak bapa kat rumah bukan tau anak kat luar teguk air syaitan!!!


6 comments

punca segala maksiat & jenayah.. skrg ni org islam dah macam takde rasa malu beli & teguk arak di tempat awam.. malah ada yg rasa bangga

10/4/11 00:23

@THE LEKAT LEKIT STORY

:betul tu sis!kite nak habiskan minuman bergas pun tersedak-sedak.inikan pulak mamat 2 ekor tu teguk arak hurmmmm......tak rasa terbakar ke tekak tu?

10/4/11 01:21

kecelaruan pemikiran masyarakat yang makin membarah...mengapa begini malaysiaku???

10/4/11 01:32

@abuikhwan

"ntahlah sahabat,sedih tgk bangsa sdri jg begini......ikutkan hati mmg nak perli diorg tadi tapi ntahlah.....

10/4/11 01:59

... kanak2 pun tahu halal haramnya...

10/4/11 02:04

@~: nisa :~

"betul tu sis!tak tau malu betul diorg tadi gerammmmmm

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...