5

Cinta Lama Kembali Semula-Semanis Kurma TV9 Panasssss.....

00:10 |
Salam malam Jumaat.Sebenarnya bukan entri ni yang hendak dikongsikan dulu.Tapi topik malam ni ada berkaitan pula dengan hal yang berlaku dalam kehidupan kita dalam office.Curang???Itu bukan kite tapi nantilah kite cerita.Tak mau celoteh panjang jom kite kongsikan ilmu yang kite dengar tadi untuk sahabat semua....

Panel Jemputan
Prof.Izzudin Ali

Zehra Zamri

"Cinta yang berlandaskan nafsu adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan"

Prof-->Bila cinta lama kembali semula,itu bukannya rezeki tapi mungkin musibah menanti.Dari segi emosi,perempuan lebih mudah jatuh cinta tetapi kadang2 perempuan lebih setia bila berkahwin,jika dibandingkan dengan lelaki.Lelaki bila ada kuota 4 mulalah berangan.Tapi perlu tahu tanggungjawab dan komitmen yang akan menanti.

Jika bercinta ikut emosi dan syaitan,maka 'terlanjur' akan berlaku.Akhirnya lupa tanggungjawab pada pasangan suami/isteri,abaikan amanah Allah,tak cukup duit untuk diberikan pada keluarga sebab berjoli dengan si dia.

Pemanggil-->Norasyifa,K.L
Saya ada kawan yang masih bujang,jumpa cinta lamanya.Kekasih itu suami orang.Diorang dalam keretakan rumahtangga.Wife pakwe dia ni pulak dah tak nak suaminya.Wife dia offer kepada kawan saya.Saya nak tanya,adakah patut kawan saya terima,dia dalam dilema.Ya,wife dia pun ada pakwe lain!

Ustazah-->Oh kami pun pelik tadi kenapa wife dia baik sangat siap offer lagi?Rupanya masing2 sudah ada kekasih gelap,line clear.Maknanya wife dia ni berharap bila suami dia kawin dengan kawan Syifa tadi,wife dia boleh mulakan hidup dengan pakwenya pula.

Prof-->Ini melibatkan banyak perkara.Lupa bersyukur dengan apa yang ada,Belum tentu lepaskan sana,lepaskan sini,akan ok.Bimbang budaya kawin sekejap-kejap,akan menjadi trend.Dan memberi kesan kepada anak2.

Ustazah-->Sabda Nabi s.a.w "Bukan di kalangan kami".Pesanan pada orang yang berniat meruntuhkan rumahtangga pasangan lain.Jangan!Jangan rosakkan.Tolong perbaiki hubungan rumahtangga mereka.

Cinta ada 2;
  • Halal-->perasaan yang akan dapat pahala bila berpaksikan iman-->iaitu hubungan suci suami isteri
  • Haram-->Berkiblatkan syaitan dan nafsu-->iaitu hubungan terlarang dengan suami/isteri orang
Ustaz-->Berkahwin adalah ibadat kepada Allah.Berfikir & tanya orang yang lebih pakar.Buat satu tindakan berlandaskan hukum-hakam.Nasihat saya pada pasangan yang mempunyai kekasih gelap,cuba perbaiki hubungan.Kaji pro & kontra sebelum buat keputusan untuk beralih arah.

Zehra-->Positif kalau dua-dua tak kahwin lagi sebab itu kekasih lama dan saling mengenali.Negatif kalau kekasih lama dah berpasangan.

Pemanggil-->Roshida,Serdang
Ya saya mengaku sayalah orang ketiga.Dia cinta lama saya.Dah 2 tahun kahwin,sampai sekarang masih hubungi saya.Saya pula akan dirikan rumahtangga dengan orang lain.Saya mula rapat kembali sebab masa tu kami tinggal berdekatan rumahnya.Kebetulan hubungan dia ketika itu bermasalah.Dia kata akan bercerai dan kahwin dengan saya.Saya pula tak nak,saya akan kahwin tahun depan.

Ustazah-->Pesanan saya lupakan terus cinta lama.Timba ilmu rumahtangga untuk dapatkan keredhaan Allah.Pujukan,rayuan,janji & kata manis akan menjadi seperti "Habis madu sepah dibuang".

Isteri rajin jahit labuci;
Jahit pula bertingkat-tingkat;
Pastikan cinta anda suci;
Barulah hidup akan berkat.

Prof-->Ingatlah pengorbanan isteri melahirkan anak.Isteri pula ingatlah pengorbanan suami.Jangan layan cinta lama sama ada melalui Facebook,sms dan sebagainya.Sebelum hidup bersama,semuanya indah.Bayangkan kalau anda jadi berkahwin dengannya,dia nak pula orang lain?Banyakkan beristighfar,bersyukurlah dengan apa yang ada,hargailah kelebihan pasangan anda.

Zehra-->Ya memang rasa berat untuk lupakan,Seeloknya hargai pasangan yang telah Allah jodohkan,dekatkan diri dengan Allah,buka buku baru.Jangan cari kelemahan pasangan,cari kelebihannya.

Ustazah-->Ibarat orang yang kehausan.Haus...minum air laut.Makin diminum makin haus.Sampai habis air satu laut pun masih dahaga.Itulah manusia yang tidak reti bersyukur.

Prof-->Belum tentu apa kita layan,kita fikir akan berkekalan.Akibatnya mungkin hilang kawan,hilang harta,pandangan serong masyarakat.Hilang kerja,hilang itu hilang ini.Banyak kesan negatif.

Pemanggil-->Masniza,Gombak
Abang ipar saya pernah ada hubungan terlarang hingga lahir anak tidak sah taraf.Dah 5 tahun berlalu,tiba2 muncul kembali ibu(kekasih abang ipar) kepada anak itu.Semasa dia hilang dulu,kakak saya yang jaga anaknya.Sekarang jadi satu tekanan pada kakak saya.Abang ipar saya dah tegaskan dia tak nak perempuan tu lagi.Tetapi perempuan tu ada amalkan ilmu untuk menggoda.Akak selalu nangis dan stress.Perempuan itu takda niat nak ambil anaknya semula,tapi dia bagi alasan nak jumpa anak.Padahal nak jumpa abang ipar saya je.

Prof-->Suami kena kuat.Isteri dah cukup baik jagakan anak yang tidak sah taraf tu.Sanggup pula berkorban perasaannya.Masniza perlu bagi moral support pada kakak supaya bersiap dari segi mental kot-kot perempuan itu ambil semula anaknya.

Petang-petang berjalan-jalan;
Singgah jumpa jiran-jiran;
Kuatkan iman dengan amalan;
Barulah terhindar dari kemungkaran

Zehra-->Bagi pasangan yang dah berkahwin,hargailah pasangan anda yang di depan mata.Suami/isteri itu syurga kita,anak adalah harta bernilai kita.

Ustaz-->Jagalah kebahagiaan rumahtangga sebaik mungkin,untuk dapatkan keredhaan Allah.

Alasan suami yang ada hubungan lain:
  • Digoda
  • Balas dendam pada si isteri
  • Dah tabiat dia
  • Nafsu
Alasan wanita pula:
  • Kurang perhatian si suami
  • Nampak banyak perbezaan antara suami dan kekasih lamanya
  • Dia sendiri tak setia,curang
  • Nak kan perhatian orang lain
  • Suami yang buat hal dulu jadi saya ikutlah juga
  • Terpengaruh kebendaan/kemewahan
Pesan Nabi Muhammad s.a.w. "Mencegah adalah lebih baik dari merawat".Jadi jangan mulakan,jangan layan,jangan bagi no.telefon,no.rumah,jangan cari pasal!!!Ramai CEO berharta kaya-raya tetapi gagal pertahankan rumahtangga.

Doa agar Allah kuatkan iman,jauhkan godaan syaitan,Allah berikan kasih-sayang dalam keluarga;
  1. Surah Al-Kahfi~ayat 10
  2. Surah Al-Kahfi ayat 39
  3. Surah al-Hasyr ayat 21-->sebagai doa benteng diri,baca bersama pasangan.Tapi kalau suami tak nak amalkan,isteri baca dan hembus ke dalam makanan.Allah akan jaga rumahtangga itu,insya Allah.


Nota Comel-->Semoga ilmu yang kita tuliskan ini dapat memberi panduan,pengajaran,dapat membuka pintu hati bagi kawan2 yang mungkin terlibat dalam dilema.HIndarilah masalah yang boleh diduga akhir jalan ceritanya.......assalammualaikum.



  



5 comments

15/4/11 00:47

benda yang pernah terjadi dlm hidup ini...

15/4/11 00:54

@aDisH.sHidA

:jadikan itu ibarat mengisi diari kehidupan.tak semuanya tulis pakai pen dakwat biru..kdg2 hitam..kdg2 merah *_^.smga bertemu jdh yg terbaik aminnnnn

15/4/11 01:44

dear...bagus sangat info ni... kebetulan...saya ada masalah macam ni..:( subahanallah... ini kah petunjuk dari-Nya... hati ini terlalu sedih...

15/4/11 06:36

@Whitey Mommy

:insya Allah sis...smga dgn apa yg sis baca ni dpt membuka buku lama dan tutupkah buku baru demi kebaikan keluarga ^-*

saya terlepas tengok semalm...
best tajuk ni..semoga kte tk terduga begitu..:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...