6

Hari Tautan Kasih Muslimat Bersama Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah~PART 1

17:05 |
Assalammualaikum alhamdulillah seperti yang kite pernah beritahu di entri sebelum ini,pihak jawatankuasa surau Al-Hijrah di Kota Warisan menjemput ustazah yang terkenal,yang selalu kita semua dengar kelunakan suaranya di TV3 dan TV9~Ustazah Asni.Cuma sedih sikit pagi2 kite dah datang awal dan duduk betul2 di depan ustazah.Dapat dah ambil foto dan video.Balik rumah tadi masa nak save dalam laptop kite tersalah teknik dannnn hilang!Huwaaa....sedih sangat hilang foto kenangan.Tapi kite harap isi yang kite nak kongsikan ni lagi penting dari foto2 tu semua(huhu...tengah pujuk diri sendiri ni).Ok jom teruskan membaca........


Majlis dimulakan dengan alunan zikir Asma Ul Husna oleh para pelajar KAFA Integrasi Al-Mujahirin dan alunan qasidah.Ustzah Asni bersama PA dan suaminya Ustaz Mohd Nasir Rustam Al-Hafiz tiba pukul 10 pagi.





Biodata Penceramah:
i) Pengarah Urusan  di MISYTAQ  Training  & Motivation,
dan Timbalan Pengarah Tahsin  Al-Quran Training Centre.
ii) Panel bagi Rancangan:
Al-Kuliyyah  TV3,  Halaqah  TV9, Wanita   Hari  Ini  (TV3)
dan  Semanis Kurma (TV9)
iii) Pengacara Rancangan:
Khazanah  Dari  Syurga (Astro Oasis), Usrah TV9,  Iktibar
Tsunami  (Astro   Oasis),   Murabbi   Bagi    Program   Adik-
Adikku (TV1), Kalamullah TV3 dan Sehiris Peria  Secawan
Madu  (Astro Oasis).
TIDAK BERIMAN SESEORANG ITU SEHINGGALAH DIA KASIH PADA SAUDARANYA SEPERTI MANA DIA KASIH PADA DIRINYA SENDIRI
Bila hidup dah selesa,Allah akan uji dengan kesenangan dan kesusahan.Ramai yang berjaya dengan kesusahan tetapi ramai yang gagal dengan kesenangan.Bayangkan ibu bapa kita semua masa dulu2.Rumah kecil,makan ala kadar kadang2 ibarat kais pagi makan pagi,tiada elektrik,hidup seadanya.Tidur pun bertemankan cahaya api pelita.Tapi tulah tiap kali tutup api pelita he'eh tahun depan dapat 'adik baru'.Kesusahan mak bapa zaman dulu tak senang tapi mereka bahagia.Keselesaan tidak menjamin kebahagiaan.Kita semua di sini berkumpul untuk "CHARGE IMAN".Terutama kaum wanita perlu charge iman anda.

Masa bercinta "Abanglah kekasih ku cintai.Tetapi kenapa bila diuji masalah dalam perhubungan lain pulak bunyinya?"Abanglah kekasih kucing taik".Gurau je ye,takut semua ngantuk pulak.Bagi surirumah yang tidak bekerja,ambil peluang banyakkan amal.Lepas solat Subuh baca Al-Quran,Lepas tu solat Dhuha,baca Quran lagi.Masak untuk tengahari,solat Zuhur pula,baca Al-Quran lagi dan begitulah rutin kehidupan.Betapa bertuahnya banyak peluang untuk beramal di rumah.Ini tidak dok tekun layan drama Indonesia,drama Korea terus menghadap tv dari Zuhur bawa ke Asar.Dari asar bawa ke Maghrib pulak!

Bagi yang bekerja pula dengan niat kerana Allah dan nak bantu suami,betapa banyaknya pahala yang anda dapat.Anda telah korbankan masa dan tenaga demi mencari syurga untuk rumah.Syurga seorang isteri adalah di rumah.Jagalah syurga anda di rumah.Jangan lalai mengerjakan perintah Allah dan suami.Juga jangan lupa tanggungjawab seorang ibu.

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan"

Cuba tengok zaman sekarang,bila ibu panggil je anak,dan suruh anak buat sesuatu,anak jawab apa?"TAK MOO"(tak mau)Sebab apa jadi macam tu?Banyak sangat dah bagi DNA lembu(susu lembu).Bagi susu lembu dapatlah DNA lembu.Para suami kena bantu isteri yang baru habis pantang dan berkerjaya.Belikan pam susu untuk isteri simpan susu untuk bayinya minum.


Kekukuhan ekonomi sesuatu keluarga amatlah penting.Sebab itu ramai wanita yang keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan suami.Tetapi bila hati isteri terdetik asyik2 gaji dia habis berkorban bantu suami,maka tak berkatlah rumahtangga.Suami tak boleh tuntut kalau isteri pinjam duit sebab itu nafkah.Barang dapur bagilah suami yang beli sebab nak cari berkat.Itulah sedekah jariah suami untuk dihisap di akhirat nanti.


Banyak masalah penceraian kerana hilang berkat!Yang jadi masalah bila isteri tak redha dan suami pula jahil agama.Isteri membantu suami dikira sedekah jariah.Anak2 degil sekarang ni kerana hilang berkat dalam rumahtangga.Kalau takda agama,takda Allah dan Rasul dalam hati wanita,itulah terjadinya macam2 masalah dalam kehidupan.


Si isteri perlu ingatkan suami untuk beri duit belanja pada ibu bapa suami di kampung.Balik kampung bila berkesempatan untuk tengok barang dapur apa yang perlu dibeli.Tanggungjawab suami hingga ke akhir hayat ibu bapanya.Islam itu sangat indah.Wanita kena banyakkan solat,banyakkan baca Al-Quran dalam rumah.Allah akan turun pada solat,pada Al-Quran kerana itu adalah rahmat.


Take 5-->Masa ni ustazah adakan kuiz dan siapa yang dapat jawab,akan diberi percuma sebotol air yang telah dibaca surah Al-Quran 30 juzuk oleh 10 orang guru tahfiz.Air ini juga dibaca ayat-ayat Manzil(ayat2 terpilih dalam Al-Quran yang boleh menjauhkan gangguan syaitan,sihir,santau dll).Air yang dibaca doa khatam Al-Quran dan doa Syifa'.Solat hajat berjemaah sebelum memulakan bacaan.Air ini dibaca di Tahsin Al-Quran Training Centre di Kajang,Selangor.
Inilah air botolnya.Nasib baik dapat google kat blog sis Shifa

Alhamdulillah tak sangka soalan tu pun senang."Apakah tanggungjawab isteri yang Allah perintahkan?"Kite pun jawablah menyusukan anak hingga usia 2 tahun.Alhamdulillah syukur Ustazah berikan air yang sangat banyak kegunaannya.Yang baik semuanya daripada Allah.


Ustazah Asni ceritakan pengalamannya betapa dugaan kesenangan telah menghancurkan manusia.Ada seorang pelajar Form 2 telah mengandung 2 bulan.Bapanya pula pengerusi surau.Maknya tak tau nak mengadu pada siapa.Kebetulan dia tengok saya di rancangan WHI TV3 dan tertera no telefon untuk hubungi saya.Mak budak ni mengadu dan cuba mencari penyelesaian dan alhamdulillah budak tu ditempatkan di pusat perlindungan.Inilah tahap kritikal.Kalau kita yang dewasa tidak menghiraukan anak2,itulah yang banyak terjadi kes gadis bunuh diri,buang anak dll.


Anda semua ingat nak masuk U,masuk MRSM je kena interview?Nak masuk pusat perlindungan pun kena interview sebab ramai sangat.Betapa tenatnya umat Islam sekarang ni.Dunia dan akhirat tak boleh seimbang dah zaman ni.Ibu bapa risau kalau anak2 lemah BI,lemah Maths,lemah Sains.Kelam kabut hantar tuisyen,hantar Kumon.Tetapi bila anak tak khatam Al-Quran,tak pula risau.Anak yang dah khatam pula,bila baca tajwid pun tak betul,masih tak usaha hantar kat guru agama.Siap boleh cakap pula "Hisyyyy mahallah hantar ngaji ngan 
ustazah ni".Tak risaukah anda kalau anak tak lancar Al-Quran?




Nota Comel-->Kite letihlah pulak menaip ni.Jap gi kite sambung ye.Jangan lupa ikuti sambungan di Part 2..............






Kredit iNfo & Foto:


6 comments

23/4/11 17:40

salam sis...itu tak perlu tutorial....juz pegi kat add widget...amik feed....

23/4/11 17:58

@putERi-kAtEk

tq byk2 ye sis....

23/4/11 22:36

ini saya ada buatkan tutorial jiran sepagar...hahahaa....

http://www.puterikatek.com/2011/04/tutorial-buat-jiran-sepagar.html

23/4/11 22:53

@putERi-kAtEk

:"tq sis *-^

30/5/13 22:43

kebykkn ibu moden busy kut akk.. sbb tu bagi susu modern je.. :3 tapi alhamdulillah.. anak2 buah saya, akk still bagi susu badan ..

kalau y suami jadi suri rumah isteri kje.. cm ne lak?? ehhehe XD

30/5/13 23:02

@AiSyA LiEzA hye AL wah dah ke sini dia ye he3..

owh ibu moden la ni depa dah bijak..pam dan simpan susu dalam freezer.so takde masalah bagi mr mama he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...