4

Hari Tautan Kasih Muslimat Bersama Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah~PART 2

22:28 |
Assalammualaikum semua dan salam malam minggu.Entri ni sambungan dari Part 1.

Kalau boleh masuk rumah,suasana tenang je dan nampak rehal.Yang ni mak punya,yang tu ayah punya,yang ni kak ngah punya,yang tu abang ngah punya dan seterusnya.Masing2 ada rehal.Zaman ni ada yang kata makin ramai anak makin senang hidup masa tua nanti.Itu rezeki masing2.Tak tentu lagi ramai anak,anak ni yang akan doakan kita.Pernah terjadi bila seorang mak meninggal,selesai urusan mandikan jenazahnya,hari pun dah malam.Maka dirancang pengebumian keesokan paginya.


Tetapi anak arwah seramai 5 orang,sorang pun tak balik awal.Duduk pun bukan jauh di Malaysia jugak.Alangkah bagusnya kalau sepanjang malam tu hingga ke pagi,anak2 tadi bergilir-gilir membaca Al-Quran hingga khatam.


Soalan-->Apakah tip untuk rajin membaca Al-Quran?
-->Al-Quran adalah mukjizat.Berbeza daripada naskhah2 yang lain.Tengok sahaja Al-Quran dah dapat pahala.Belum baca dah dapat pahala.Baru baca belum faham pun dapat pahala.Tambah lagi faham dan amalkan,dapat pahala.Tolong pula kawan(ajar)lagilah dapat pahala.

Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )


Al-Quran makin lama makin mahal nilainya.Majalah2 karangan manusia macam majalah hiburan,hiasan dalaman dan permotoran mahal masa beli.Cuba tengok masa jual,sekilo 20 sen je.Makin murah nilainya.Kalau lemah baca lagi,baca lagi,baca lagi hingga dapat 'kemanisan".Allah Maha Memahami,Maha Menerima.


Anda semua kenal tak juara Akademi Al-quran TV9 iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman.


Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman
Dia ni cuma orang biasa,masuk AQ berbekalkan didikan ibu bapanya.Dia mendapat jemputan Raja Saudi.Rombongannya dijemput masuk ke dalam kaabah dan dapat bersolat di dalamnya!Bayangkan semua jemaah berebut-rebut nak solat berdekatan kaabah,tetapi Sharifah dapat solat dalam kaabah.Itulah kelebihan yang Allah berikan pada hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menjaga kesucian ayat Al-Quran.


Tapi tulah di Syria ustazah2 di sana hidup senang.Cuma fokus mengajar anak murid.Ustazah di sana diberi kereta,rumah.Tetapi ustazah di sini pula terpaksa bergelut jual sabun,jual susu kambing(MLM) untuk tambahkan pendapatan.Bila naikkan sedikit yuran mengaji,ibu bapa mula mengeluh padahal ilmu Al-QUran membawa ke akhirat nanti untuk anaknya.Ada juga ibu bapa yang puas hati anak sekadar khatam sekali,cukuplah.Cuba hantar anak mengaji dan bertukar-tukar guru mengaji setiap kali dia khatam.Lagi banyak guru yang mengajar,lagi banyak teknik dan ilmu yang anak perolehi.


"Dan barang siapa yang baca Al-Quran tetapi tersekat-sekat,tetapi dia bersusah-payah,pahalanya 2 kali ganda daripada orang yang pandai"

Isteri yang baca Al-Quran lepas solat tahajud,suami sah-sah dah tak nampak orang lain lagi lawa dari Nora Danish.Isteri je yang nampak lawa.Suami pun kalau nak nampak handsome macam Fahrin Ahmad walaupun diri sendiri dah halusssssss,bacalah Al-Quran lepas solat tahajud.


Soalan-->Antara datang majlis ilmu dan baca Al-quran ,mana yang lebih penting untuk isteri?
-->Isteri perlukan 3 S-->suami Sporting,Shopping dan Sahabat2 baik.Kalau takde fitnah datanglah ke majlis ilmu,'charge' iman.Tetapi kalau sampai timbulkan fitnah,tak payahlah datang duduk saja di rumah dan bacalah Al-Quran.Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : 

Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

Saya juga nak sentuh tentang sedekah.Perempuan yang susah nak bersedekah hatinya keras dan ego.Ingat!Hati kita milik Allah,hati suami milik Allah.Berdoalah pada Allah di saat susah ataupun senang.Ada sorang kakak ni menangis-nangis telefon saya untuk mengadu.Suaminya kahwin lain.Dia dah tuang clorox dalam cawan cuma belum minum je.


Saya nasihatkan dia untuk solat hajat,solat Fardhu barulah dia boleh minum clorox.Kebetulan hari tu saya sibuk dengan aktiviti.Dah malam baru saya teringat kakak tadi dan kelam-kabut minta suami tolong telefon.Kakak tadi tak angkat2!Punyalah saya takut sampai tak lena tidur.Buatnya kakak tu sungguh2 nak minum clorox?Dan jika kakak tu sempat tulis dalam diari "Ustzah Asni kata solat dulu baru minum clorox".Tak ke naya saya!


Esoknya saya cuba call beberapa kali dan alhamdulillah dia jawab.Saya mula bertanya ok ke dia?~"Saya hidup lagilah ustazah!~"Oh tak jadilah kakak minum clorox"~"Bodohlah saya kalau minum,ustazah.Bunuh diri saya masuk neraka.Suami sedap kahwin baru.Bunuh suami pulak,saya masuk penjara"


Hidup kita ni untuk Allah.Memang sekarang kita hidup bersama suami.Hari ni laki kita betul,esok dia tak betul.Doa minta banyak2 pada Allah bagi hidayah pada diri kita,pada suami dan anak2.Apa nak buat kalau laki dan anak buat peel?Kalau sakit pulak?Bagaimana nak settle masalah selain usaha2 lain?BERSEDEKAHLAH.Insya Allah akan keluar segala masalah dalam hidup.




Nota Comel-->Alhamdulillah kite harap majlis ilmu yang kite hadir tadi dapat 'charge iman' kite.Begitu juga pada kawan2 semua yang  membaca apa yang kite kongsikan.Insya Allah jika ada lagi majlis ilmu dan Allah berkati usia,kite akan kongsikan lagi di lain waktu.Assalammualaikum.


Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.( Riwayat Muslim )



Kredit Info & Foto:

4 comments

24/4/11 21:48

Alhamdulillah, mendapat pencerahan dari coretan sahabat. Teruskan berkarya bermanfaat semoga ummah mendapat maslahat

Anonymous
25/4/11 11:46

Thank you, I have recently been searching for information about this topic for ages and yours is the best I have discovered so far.

30/5/13 22:48

sy dulu un tergagap2 gax baca al Quran.. then jadi lancar bila sllu amalkan n berguru..alhamdulillah.. kalau kita usaha nak baiki diri..insyaAllah Allah sntiasa mmbntu kita ^__^

best r motivasi cm ni :))

30/5/13 23:04

@AiSyA LiEzA alhamdulillah...practice makes perfect :)

best,kan dengar ceramah dpt tambah ilmu ..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...