2

Hurm....Erk.....Ohhhhhh patutlah.Auwwwwwww!!!

07:35 |
Salam pagi Khamis.Yuhuu semua!Tadi dok godek punya godek kat Kosmo Online terjumpa lak artikel ni.Erm.korang bacalah sendiri he3......


BPA ubah lelaki jadi wanita




KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan



AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.
BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.
Nota Comel-->Hah..dah baca?Apa pendapat korang wahai lelaki?Dan kepada kawan2 yang mempunyai anak lelaki,marilah kite mencegah sebelum terlambat.Nak cegah cam ner?Maka buang segala botol susu atau cawan yang mengandungi bahan2  BPA dan Nonylphenol.Bagi yang bekerja dan juga yang belajar,jom bawa botol air keluaran Bros.Anak2 kite termasuklah kite pun beli Bros dari tahun lepas.Kat mana nak beli?Selalu ada di cawangan Parkson di mana2 shopping mall dan juga di Tesco.Dahlah selamat digunakan bahannya,design botol pun cantik tau!
Lady's TimePosh ClubMirror MirrorDreamlandEye TestTypoceanCandyTyporoom
Tulah jangan mudah menyalahkan golongan "yaya auwww" ni.Masyarakat mudah menjatuhkan hukuman.Kite semua tak tau kadang2 golongan ini bukan setakat dipengaruhi kawan,bukan juga kerana pengaruh si ibu,menyalahkan takdir,tetapi punca2 pemakanan dan juga bahan2 yang terkandung dalam barang kegunaan harian pun,boleh menjadi punca!!!

Kredit Info & Foto:

2 comments

7/4/11 08:05

bahaya ni..lagipun byk bekas macam tu dalm selalu gunapun..ohhh tidak...

http://faisalapardi.com/

7/4/11 08:08

@faisal

"he3..auwwwww!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...