9

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun~Gara2 si ibu mengelak lubang,motor ditunggang bergesel lori dan anak menjadi mangsa.

07:24 |
Assalammualaikum...pagi2 dikejutkan dengan ulasan berita suratkhabar di MHI.Kesedihan semalam masih tak hilang.Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita sedih yang melibatkan anak2 yang baru hendak mengenal dunia.


Hari tu melibatkan bayi yang merangkak menuju landasan keretapi.Semalam seorang ibu hanya mampu meraung melihat anak yang berusia 5 tahun rentung akibat terperangkap dalam kebakaran di tingkat atas rumahnya.


Sorang anak murid yang baru berusia 7 tahun pula menjadi mangsa seorang guru,hingga koma di sekolah agama gara2 dituduh mencuri RM7!!!


Hari ini(semalam)seorang ibu yang menunggang motor bersama 2 orang anaknya pula,cuba mengelak lubang.Akibatnya motor ditunggangi bergesel dengan lori dan anak berusia 5 tahun  terseret sejauh 5 meter hingga berkecai otak.


Sebak sebenarnya hati bila dihidangi berita seperti begini.Dan tolong...tolong sangat2 kepada si ibu atau si bapa yang sering menbawa anak2 membonceng motor.Tolong pakaikan anak helmet keselamatan.Tolong jangan bawa anak lebih dari seorang.Kite tau tidak semua mampu memiliki kereta,tapi bahaya boleh dihindari jika ibu bapa bertindak bijak demi keselamatan anak.


Malang memang tidak boleh diduga.Kadang2 sedih melihat ibu bapa yang membawa hingga 3 orang anak berderet2 walaupun hanya ke kedai berdekatan/sekolah.Baru2 ni kite berada di stesyen minyak.Hairan dan geram melihat seorang ibu selamba meninggalkan 2 orang anaknya yang masih kecil di dalam kereta tanpa 'lock' pintu dan lupa cabut kunci kereta!!!Sebab si ibu nak bayar duit minyak di kaunter.Bayangkan bila anak yang berada dalam kereta dilarikan pencuri kereta.Kalau jumpa semula alhamdulillah.Kalau tidak???


Apa2 pun kite mendoakan agar anak2 kite dan anak2 semua rakan blogger serta semua anak2 Malaysia dilindungi Allah.Manusia hanya merancang,Allah yang menentukan.Assalammualaikum.....................


DOA MOHON KESELAMATAN,KESIHATAN DAN TOLAK BALA

Ya Allah!Kurniakanlah keselamatan ke atas kami daripada bencana di dunia dan azab di akhirat,keselamatan daripada keburukan di dunia dan keburukan di akhirat,semoga Allah mengampuni kami dan kamu,Ya Karim,dengan rahmat-Mu,Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani


Kredit Info:
  • Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat2 & Doa2 Mustajab~Dato'Dr.Haron Din(Pengasas dan Penasihat Darussyifa')


9 comments

5/4/11 08:12

aminnnn...minta jauh dri sebarang musibah...

tq for the info

sob sob,
kite pon sedih dengar banyak budak keciik da pergi dulu,

5/4/11 10:35

sgt sedih bile tgk polis kutip serpihan otak budak tue..
:(

5/4/11 11:18

Innalillah ... ALLAH is great n magnificent... semoga roh kanak2 tersebut ditempatkan di tempat yg mulia...amin

5/4/11 12:57

innalilah.. sygila nyawa.. bru2 ni de dgr kes bby mati sbb kne himpit mse tdo.. xtau la bpk die ke @ mak nye yg himpit.. bdk bru 3bulan.. da tau tdo xsdar n lasak, asing la tdo ngn ank 2.. hmmm

5/4/11 16:18

speechlesss laaaa...

5/4/11 22:38

Takziah.
Perancangan kita hanyalah sekadar perancangan, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan izin-Nya, demikianlah tiada yang negatif jika kita beriman dengan qadak dan qadar.

"Tiada sesuatu bencana yang menimpa di bumi atau pada diri kamu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-Hadid: 22)

Wallahua`lam.

6/4/11 21:48

al-fatihah, sedih pula bila dengar semua nie kan ?

kadang2 tu momoy sendiri rasa geram bila tgk mak dan bapak baby yang riba babynya semasa memandu.
sayang anak katanya?
sayang?
itu membunuh
Katak Puru boleh dimakan???"
Lagi BLOGGER DIKEHENDAKI"

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...