3

Korang ingat tak lagi H.A.I.K.U~Pantun Jepun

07:46 |
Salam semua.Morning.Sebelum bersiap nak ke office,kite nak tanya korang.Dulu masa sekolah menengah korang pernah tak buat Haiku~pantun Jepun.Ingat lagi masa tu kite sekolah di Shah Alam,ada pihak dari kedutaan Jepun datang ke sekolah.Sambil menjadikan sekolah kami sebagai sekolah angkat,diorang pun menanam pokok sebagai tanda simbolik perhubungan.Dan diadakan pertandingan Haiku.
Masa tu kitorang blur..menatang apa lak Haiku ni.Sejenis pengiraaan ke,drama ke,pelakon ke.Guru BM pun masuk dan menerangkan satu persatu.Kite ni pulak memang suka berpantun dan bersyair,apalagi cukup excited nak belajar benda baru.Nak tau apa itu Haiku?Kite kongsikan info dari sini[Haiku]


tahu tak apa itu "haiku" ? 
mesti ada yang tahu kan...
pada yang tak tahu, haiku tu pantun jepun.
dia macam pantun melayu jgk tapi ada tiga baris ajer.
bunyi yang belakang tu tak semua mesti sama..
baris yang pertama mesti ada 5 suku kata, kedua 7 suku kata, ketiga 5 suku kata.

(Memang kelakar masa tengok kawan2 dok mengira jari,sebab nak ikut suku kata tu sambil mulut masing2 terkumat-kamit.)



"MENULIS haiku tidaklah sesusah mana. Namun mungkin sukar untuk menghasilkan sebuah haiku yang baik. Walau bagaimanapun haiku senang dinilai berbanding sajak, pantun, syair gurindam dan sebagainaya. Ini ialah kerana haiku mempunyai peraturan yang banyak. Di antara ciri-ciri sebuah haiku yang baik termasuklah:- 

1. 17 sukukata dalam 3 baris dibahagi kepada 5-7-5 
2. Tulis apa yang boleh dinyatakan dalam satu nafas. 
3. Gunakan perkataan musim (kigo) atau merujuk kepada musim. 
4. Gunakan untaian sajak diakhir baris pertama atau kedua, tapi bukan kedua-duanya. 
5. Jangan sekali-kali menjadikan semua 3 baris untuk menyempurnakan atau menjadikannya ayat. 
6. Adakan dua imej yang berbandingan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Dalam berehat/ Mencuci tungku hitam/ Ku basuh tangan. 
7. Adakan dua imej yang berkaitan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Suram cahaya/Tika bulan gerhana /Cantik wajahmu. 
8. Adakan dua imej yang bertentangan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: dua biji tungku/tiada ruang bersentuhan/api kian marak 
9. Hadkan penggunaan kata nama atau jenama khas. 
10. Gunakan gantinama dalam huruf kecil. Contoh: saya ialah? 
11. Gunakan ayat yang berkaitan dalam kedua-dua rangkaikata. 
12. Gunakan pecahan-pecahan ayat. 
13. Jadikan baris terakhir sebagai kemuncak haiku anda. 
14. Cari ayat paling menarik/menawan di baris pertama. 
15. Tulis perkara biasa dalam cara biasa menggunakan bahasa biasa. 
16. Gunakan hanya imej yang nyata, bukan abstrak. Ch. Lampu adalah nyata, terang cahayanya adalah abstrak. 
17. Cipta ungkapan berlirik untuk imej. 
18. Cuba adakan makna berganda. Sekali baca ia hanya imej mudah, yang tersirat adalah falsafah/pelajaran dalam kehidupan. 
19. Gunakan imej yang membangkitkan kesederhanaan atau kepapaan yang sederhana. (sabi) 
20. Gunakan imej yang membangkitkan elegen klasik yang tersendiri (shubumi) 
21. Gunakan imej yang membangkitkan nostalgia romantik/tempat cantik (wabi) 
22. Gunakan imej yang membangkitkan misteri bersendirian (Yugen) 
23. Gunakan paradoks. 
24. Tulis sesuatu yang mustahil dalam keadaan biasa. 
25. Gunakan imej yang mulia (bukan perang, seks atau jenayah). 
26. Ceritakan seadanya perkara sebenar di sekeliling kita. 
27. Gunakan hanya imej daripada alam sekitar (bukan perasaan manusia sahaja) 
28. Campurkan alam sekitar dan perasaan manusia dengan cara menghubungkan perasaan manusia tyerhadap alam sekitar. 
29. Elakkan merujuk kepada diri sendiri dalam haiku. (aku dsb) 
30. Diri sendiri boleh dirujuk secara tidak langsung seperti ?orang tua ini? atau ?mamat itu?.



Apa akan terjadi apabila pantun di haikukan?. Cuba lihat hasil dari beberapa pantun yang telah menjadi haiku:-




pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik dikenang juga

pulau nan jauh
gunung nampak bercabang
budi dikenang

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
jika salah tolong tunjukkan 

cempedak tinggi
galah halus meruncing
tunjukkan kami



dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
manakan sama adik seorang 

kucing berlari
tikus riang bermain
manakan mungkin



apa diharap padi seberang
entah jadi entahkan tidak
apa diharap kasihnya orang
entah sudi entahkan tidak

padi di bendang
pulut tidak menjadi
siapa sudi

kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menompang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi 

sumur di ladang
hamba menompang mandi
berjumpa lagi




Hah korang tak mau try ke?Mesti korang pernah buat Haiku dulu2 kan?Haiku kite erm...dah lama tak buat,takpa..takpa kite try ye....


Hari dah pagi
Saya nak makan dulu
Lapar perut ku

Blog perlu up date
Nanti bersawang pula
Kawan tak suka

Dah lambat ni tau
Saya nak pergi kerja
Bye.....akhir kata


He2....oklah..kang lambat gi office pulak.Semoga Allah permudahkan urusan kawan2 semua...amin!!!


Kredit Info:








3 comments

12/4/11 07:57

Omoshiroi entri desne.
Ganbantte ne..

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

12/4/11 10:10

@Miecyber

:ERK HAIT..HAIT...ATASHINCI...SHIN CHAN...DORAEMON HE3...APA TU?

Narauyorinarero
Terjemahan : Rajin belajar ,cepat pandai
Maksud : Latihan akan menjadikan kita semakin cekap melakukan sesuatu kerja.

12/4/11 13:09

tak faham sgt haiku tu apa, tp rasa nye LC lg suka kot komposisi pantun, syair kita dr haiku..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...