7

Pakai bulu mata palsu kang takut jadi macam kes Amyza Adnan pula.Apa kata pakat pakai maskara je...sempoi!

14:32 |
Yuhuu wah......mesti ramai yang dah keluar hari ni!Atau pun bagi korang yang rancang petang/malam baru nak keluar bersama kekasih hati/kawan/keluarga,mestilah nak melawa jugak kan.Hurm baru2 ni kan gempar juga kes Amyza Adnan dengan bulu mata palsunya.Kite memang dari dulu tak reti nak tempek2 bulu mata,rasa macam ada benda melekat je.Nak kerlip mata perghhhh berat rasa macam tempek bulu merak!!!



Maskara pilihan terbaik bagi korang yang tak suka bulu mata palsu.Tapi masih ada lagi yang kurang tahu teknik untuk memakai maskara agar bulu mata tu nampak natural.So bagi korang yang masih setia dengan maskara,jom kite kongsikan tip daripada majalah Harmoni.


Tip mendapatkan sapuan maskara menawan

1-->Jika anda ingin mengelakkan maskara bergumpal pada bulu mata,lap dan bersihkan berus terlebih dulu sebelum menyapu maskara.Anda boleh membersihkan berus dengan menggunakan penanggal mekap atau air biasa.
Lengthening mascara
Tickhening mascara

2-->Campuan maskara.Anda mungkin seorang yang suka bereksperimen dan ingin kelainan.Lazimnya,jurusolek menggunakan teknik dengan menggunakan lengthening mascara terlebih dahulu dan diikuti dengan tickhening mascara untuk efek panjang dan lebat.
3-->Gunakan pelentik bulu mata.Bulu mata yang lentik akan menampilkan efek mata galak dan seksi.Pastikan anda menyepit pelentik perlahan-lahan menghala ke luar bulu mata.Ini akan menjadikan lentikan lebih semula jadi.Jika anda hanya menyepit setempat,lentikan tidak semula jadi dan berlekuk.
4-->Sapuan teknik zig zag.Anda boleh mencuba teknik ini untuk mengelakkan maskara pada bulu mata  dari bergumpal.

5-->Tunggu 5 saat.Pastikan anda tidak mengerlip mata sebaik menyapu maskara.Seelok-eloknya biarkan selama 5 saat bagi membolehkan maskara kering.Jika tidak anda pasti akan memerhatikan bintik hitam maskara atas kelopak mata anda kerana ia masih basah dan boleh menjadi comot.


Nota Comel-->Kite sampai sekarang suka pakai Brow & Lash Gel~The Body Shop.Maklumlah kadang2 tak nak nampak 'heavy' ke office.Kalau hari tu rasa nak melaram guna maskara,masa nak solat,kite suka cuci mekap guna Kao Biore Makeup Remover Perfect Oil.Baunya pun nice dan boleh beli kat Watson,Guardian dll.




Kredit Info & Foto:
  • Majalah Harmoni~15-30 April 2011
  • Uncle Google

7 comments

24/4/11 14:39

pakai maskara pun dah cukup buat bulu mata cantik dah kan. ;)

24/4/11 15:06

@mary ann ;)

"betul2..nak cantik jgn sampai seksa mata he3...

25/4/11 11:07

hye!kdg2 ckin suka jga pkai fake eyelashes. kdg2 suka jga pkai mascara. setakat nie, depend pd fake eyelashe yg mcm mana kite pakai. ada yg tebal n ada yg obviously nampak tipo sgt. ckin slalu pkai yg simple2. and trust me, yg simple2 tu la yg cntek. :)hehehe~

13/11/11 00:09

nak try lah biore tu..
eka kurang suka mekap tebal2 kat mata

kalau nak solat yang amat payah nak ilangkan...

13/11/11 00:21

@<a href="

owh trylah so far tak mengecewakan.yelah kalau mekap kat mata tak kena gaya masa nak remove mekap,mata lebam macam panda ngeee ^^

4/6/13 23:58

Al kuar jenjalan pakai lipbalm je.. rasa berat je mata kalau pakai bulu mata.. ehek~~

5/6/13 00:08

@AiSyA LiEzA kak lea pun tak sukalah pakai bulu mata palsu..alah tenyeh je eyeliner dah comel,kan he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...