2

Pesanan kepada semua mak..tolonglah perhatikan aktiviti anak2 masa petang

22:24 |
Sebenarnya nak tidur ni,tapi rasa nak kongsi juga apa yang terjadi petang tadi.Seperti biasa petang adalah saat2 yang ditunggu anak2 untuk bermain di playground dan juga di padang.Si kembar berdua-dua menuju ke rumah jiran untuk bermain bersama.Alhamdulillah memang masih dalam pantauan kite.Kite pun bawalah si kecil Danish pergi ke kedai sebab nak beli sedikit bahan2 untuk sarapan pagi esok.


Pulang dari kedai kite lalu kat area parking kereta.Nampak seorang budak lelaki baya anak kite,menangis teresak-esak.Nak tau keadaannya?Tangan berikat dengan wayar sambil bahu dipegang kawan2.Budak ni menangis dan meraung tapi digelakkan kawan2 seramai 5 orang.Yang paling tak tahan tu sebab diorang tunjal kepala budak ni!!!Dan kejadian tu berhampiran padang.Dan mak2 yang lain dok sibuk mesyuarat tepi padang.Hanya ketawa tengok budak lelaki ni.
Aduh!!!Naluri ibu memaksa kite mendekati lalu jerit marahkan diorang!Dahlah semalam marah sebab 2 ekor mamat gagah perkasa keluar dari gym dan memborong berbotol arak di kedai serbaneka!Hari ni pulak tengok budak kena buli!


Kelam-kabut budak2 tu lari dan sedihnya bila salah sorang kaki buli tu anak ustazah!Uztazah tu punyalah baik dan dah tentu tak perasan peel anaknya.Kerana pengaruh kawan?Pengaruh tv?Pengaruh filem?Apa nak jadi bila masyarakat sekeliling tak ambil peduli.Nak tunggu budak tu mati baru nak kelam-kabut.Cuba terjadi pada anak sendiri!!!Apalah nak jadi dengan anak2 zaman sekarang...alahai.

2 comments

10/4/11 23:17

budak2 zaman skrg cpt sgt daa terpengaruh dgn rancangan tv..

10/4/11 23:20

@MiSzy DiaN

"ye betul tu sis comel!kdg2 kartun pun byk pgrhi kanak2.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...