2

Renung-renungkan & Selamat Beramal~Prof Madya Hj.Md Izuddin Hj Ali

00:09 |
Assalammualaikum semua dan salam pagi.Hye..hye...semoga hari ini lebih baik dari semalam.Ni nak tanya koranglah,kan.Sapa yang selalu dengar suara Prof Izzi berkumandang di Hot.Fm?Angkat tangan kaki,ketiak busuk jangan angkat ye!Ceria dan bersemangat bila dengar doa2 dan kata2 motivasi yang ringkas,padat & bermakna.Kite baru je beli semalam.Dah namanya ulat buku,pantang nampak terus sambar.Walaupun kais pagi makan KFC Chicken Chop,kais petang makan lagi Chicken Chop..namun selagi tak dapat ini buku...jiwa banyak kacau.Harganya RM23.00 terbitan Telaga Biru,banyak ilmu yang korang perolehi.

Itulah tagline Prof Izzi

Bila last korang beli atau pun baca buku motivasi?Tak minat?Rugi....rugi.Kite memang cukup suka membaca.Buku motivasi memang belum cukup lagi koleksi,baru ada 4 buah buku dari motivator berlainan.Maka tiap2 bulan kite akan usahakan untuk pelbagaikan bahan2 bacaan.Boleh juga kongsi dengan korang...bukan buku(beli sendiri ye).Tapi kongsi ilmu daripada buku ni.


Setiap muka surat color biru,so takdelah rasa macam baca buku nak ambil exam!Disertakan sekali gambar kartun I likeeeeee!!Yelah buku tanpa gambar ibarat blog tanpa entri erkkk...silap topik pulak.


Hah!Nilah tuan empunya buku Prof Izzi.Apa lagi jom pakat tukarkan segala fius negatif kepada fius positif.Ceriakan hidup,tenangkan minda,penuhkan ilmu di dada.Kat belakang buku ni pun tulis;

Buku RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL ini adalah himpunan kata2 motivasi yang dipetik daripada aya2 Al-Quran,hadis,kata hukama,bijak pandai,negarawan,ahli motivasi,pendidik dan sebagainya.Kata2 ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya.

Sasaran kata2 motivasi ini ialah semua yang sudi membaca & menghayatinya.Skop persoalan kata2 ini pula merentasi ketuhanan,kerasulan,iman,ibadah,akhlak,kesihatan,pendidikan,cinta,hiburan,alam akhirat,kekeluargaan,kemasyarakatan,rumah tangga,jihad,motivasi,psikologi,nasihat,iktibar & sejarah.

Anda mesti memiliki buku ini kerana ianya merupakan rujukan segera (quick reference) yang amat bermanfaat untuk bacaan senggang & bahan tazkirah,nasihat & pengajaran kepada yang memerlukan.


Kredit Info:
  • Buku Renung-renungkan  & Selamat Beramal

2 comments

26/4/11 22:31

Entah mengapa saya sgt teruja dgn buku. Dua tempat yang saya baca Au`udzubillah, iaitu ketika memasuki tandas dan KEDAI BUKU, kerana ketika keluar dari KEDAI BUKU saya jadi manusia fakir tetapi penuh kepuasan dengan buku yang dibeli...bykkan info tentang buku2 baru...kalu boleh.

27/4/11 22:18

Sama hobi kita..tapi skrg ni asyik tak bnyk masa nak membelek buku..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...