1

SalMa Protege ErRa FaZira (Mentor 5) Memang Bestttttt

22:32 |
Salam semua...wah wah rehat nampak.Sambil update entri ada gak yang layan Mentor tak?Kite memang suka persembahan setiap peserta iaitu Aiman(Rahim Maarof),Iqa(Edry KRU) dan Salma(Erra).



Aiman suaranya dari persembahan pertama lagi memang ok cuma malam ni 'flat'.Iqa ok cuma Edry kena bijak pilih lagu nak sesuaikan dengan tone suara Iqa.Salma...apa lagi nak komen.Memang tip top!!!'Kopi Dangdut' memang sesuai dengan lenggok suaranya.


Yang mendebarkan kite dan penonton masa diumumkan Iqa akan berduet dengan Yusry KRU.Opsss bahaya tu,kang Erra beremosi pulak.Sapa yang sanggup berdepan dengan ex-wife/hubby,kan?Nasib baik itu gimik jer,rupa2nya berduet dengan arwah Sudirman Haji Arshad melalui ke 'kreatif' an Edry KRU.


Pujian juga kepada Aiman sebab berduet dengan Roy menyanyikan lagu 'Ratnaku'.Yang best Salma berduet dengan Lan Typewriter menyanyikan lagu 'Jeritan Batinku'.Walaupun berdengung telinga dengar jeritan Lan,tapi memang best!


Paling best tentulah tribute lagu untuk Anuar Zain.Comel jer Anuar malam ni.Ntah bilalah dia nak kahwin?Ada sapa2 nak masuk meminang he3.Ok result malam ni,pemenang mingguan sekali lagi ialah;
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Salma



Nota Comel-->Suka tengok Nora dan anak lelakinya menyanyikan lagu 'Terlanjur Cinta'.Perghhh lunaknya suara dua anak-beranak ni.Mantop dan terbaekkkkkk!!!


Kredit Foto:
  • Uncle Google lagi ler

1 comment

25/4/11 00:41

hehe...td bru layan mentor....cepatnyer hupdate...ehehe...nice one btw...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...