7

Sebak bila dengar luahan hati Rita,anak arwah Sosilawati Lawiya di Nona

14:57 |

Kite sempat tengok rancangan Nona kejap tadi.Sedih bila dengar luahan hati Rita setelah setahun pemergian arwah ibunya.Memang nampak secara luaran Rita akur akan takdir yang ditentukan Allah s.w.t.Tetapi dalam jiwanya,masih sukar menerima pemergian arwah ibu tercinta akibat tindak tanduk manusia yang layak digelar syaitan!

Rita akui dirinya dan adik-adik yang lain masih dalam trauma.Mereka hingga sekarang masih tiada kekuatan untuk menghampiri lokasi pembunuhan arwah ibunya.Cuma adik lelakinya saja yang telah pergi ke lokasi untuk membantu polis.Rita pun masih muda.Sebelum kejadian dia memang terkejut arwah ibunya menyerahkan perniagaan kepadanya.Dan arwah masa tu berjanji akan 'memerhatikan dari jauh'.

 
Harap Allah s.w.t lindungi sentiasa anak2 arwah yang teraniaya

Masih sukar untuk keluarga dan juga masyarakat 
untuk melupakan kes yang menggemparkan negara

Rita kata hingga ke saat ini,dia cemburu bila melihat anak2 di luar sana yang dapat berjalan bersama ibu,bergurau senda masa memilih baju waktu shopping(masa ni kite pun rasa nak nangis).Ya,Allah hanya memilih hamba-Nya yang kuat untuk diberi ujian.Memang ujian untuk Rita dan adik2 diluar kawalan mereka.Namun hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang terpilih.

Marilah kita sama2 mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan orang yang bertanggungjawab dihukum!!!Al-fatihah untuk arwah Sosilawati Lawiya,Kamaruddin Shamsudin,Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abd. Karim.

Nota Sedih-->Bagi sapa yang nak baca secara terperinci tentang kes menyedihkan ni,boleh klik[sini

7 comments

sedih juga,,,,,

tapi rita memang tabah..

24/4/11 15:40

tadi dapat baca paper je pasal rita ni. kat sini tade tv.. huhu... tp entry ni cam sedih jugak..

24/4/11 15:49

sedih tgk masa rita nangis.,bygkan kalau kita semua di tempat dia.......

24/4/11 16:07

hope mereka semua tabah terima musibah dariNya...

24/4/11 16:17

as-salam..

hurm.. semoga rita tabah hadapi semua ni..

24/4/11 16:21

tak dpt bayangkan kalau izan berada kat tmpt dia.

mmg mengalir airmata tgk dia tadi...

24/4/11 17:26

dah baca ni pun rasa sebak..al-fatihah untuk arwah.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...