2

Ada Lagu Di Syurga?Best tak?

00:42 |
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebatang sungai yang sama panjangnya dengan syurga sendiri.Di kedua-dua belah tebing sungai itu ada anak-anak yang berdiri secara berhadapan sambil menyanyikan lagu yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh seluruh umat manusia,dan di dalam syurga itu pun belum pernah dilihat keadaan indah seperti itu."Lalu ada orang bertanyakan kepada Abu Hurairah r.a "Bagaimana senikata lagu-lagu merdu itu?" Maka jawab Abu Hurairah: Senikatanya ialah (insya Allah),tasbih,tahmid,taqdis dan puji-pujian kepada Allah s.w.t."
(Riwayat al-Baihaqi)

Prof Izzi-->Tidak sangka rupanya ada lagu juga di syurga ya.Begitulah indah dan merdunya lagu-lagu di syurga.Pun begitu senikata lagunya berlainan.Ia terdiri daripada (insya Allah),tasbih,tahmid,taqdis dan puji-pujian kepada Allah s.w.t.Di dunia pun elok-eloklah kita memperbanyakkan senikata lagu syurga ya.


Nota Comel-->Hari ni hari Jumaat.Marilah sama2 memuji Allah s.w.t. sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.Semoga kita semua dikasihi oleh Allah dan terpilih untuk menikmati dan mendengar lagu di syurga...amin.


Kredit INfo:
  • Buku Renung-renungkan & Selamat Beramal~Prof Izzi

2 comments

6/5/11 18:26

sweet :))

7/5/11 23:26

Alhamdulillah perkongsian yang menambahkan pengetahuan...tq

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...