2

Aku...Kau...Suka Duka Bersama Sebatang Lampu Isyarat

01:29 |
Bohonglah....eleh tipu ler tu...auta je dia tu!!!

Eh eh apa kite mengarut ni?

Hah korang tiap2 hari tengok ni...jumpa ni...dok mengharap color hijau sentiasa.Atau kata omputeh..GREEN color.Kalau kuning tu eh eh dibuat-buat tak nampak dan terus pecut laju.Dalam hati "Isyyy sempat lagi ni lepas".Kalau merah mak aiihhh muka korang pun turut merah.Ntah apa yang dikejar sangat?


Ada macam2 jenis lampu isyarat

Mak aihhh...berpinar kite kalau jumpa macam ni



Ramai orang patuh kepada lampu isyarat.Sememangnya kita mesti patuh kepada lampu isyarat kerana ia tuntutan peraturan negara yang baik.Walaupun biasanya tiada polis yang menjaga lampu isyarat atau tiada kamera litar yang memerhatikan kita,kita masih patuh kepada lampu2 tersebut.Kita tetap patuh sama ada takut disaman,takut kemalangan atau sememangnya kita seorang yang patuh kepada peraturan(Ye ke?Cuba angkat tangan kaki(ketiak busuk jangan) kalau korang ni memang pemandu yang tak pernah langgar lampu isyarat)

Cuma yang kita bimbangkan mengapa kita mampu patuh & taat kepada lampu isyarat tetapi tidak kepada peraturan Allah yang sememangnya membantu kita menjalankan hidup di landasan yang betul & dengan lebih baik?

Mengapa peraturan yang baik itu dirasakan menyusahkan hidup kita dan kita sentiasa melanggarnya?

Teruskan patuh kepada lampu isyarat dan jangan sesekali kita lupa patuh kepada ajaran agama.Sama ada peraturan yang kita suka atau yang tidak kita sukai.


Renung-renungkan dan Selamat Beramal


Kredit Info:
  • Buku Renung-renungkan & Selamat Beramal~Prof Madya Hj Izuddin Hj Ali

2 comments

4/5/11 08:15

manusia hanya nampak dan takut pada pembalasan didunia sahaja...

4/5/11 17:08

perbandingan yg amat membuka mata hati, perkongsian yg bermanfaat..tq

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...