2

Amalan Berpantang Shiela Majid.Gadis2...Bakal Ibu....Yang Memang Dah Mak Budak Meh Baca....

11:01 |
Ibu..ibu engkaulah ratu hatiku yehaaaa.........

Salam pagi Ahad yang ceria.Alhamdulillah harap semua sihat belaka.Dah ucapkan Selamat Hari Ibu untuk bonda tercinta?Bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan untuk mengucapkannya kepada yang tersayang.Bagi yang tiada,al-Fatihah disedekahkan agar roh para ibu ditempatkan di kalangan yang beriman amin. 

Tadi kite belek InTrend Bulan Mac yang cover Fauziah Ghous.Best ada 50 BLog Pilihan Malaysia dan sis Epal tersenarai kategori Hijab.Banyak gak blog yang kite follow ada dalam majalah ni...syabas!!!Owh bukan ni kite nak cerita.


Kite baca ruangan "Kecantikan Pesona Diri Bersama Shiela Majid".Usianya dah 46 tahun tapi disebabkan dia petite type maka nampak macam anak dara.Ni nak kongsikan amalannya berpantang.Elok bagi korang yang belum berkahwin ataupun bakal ibu baca.

Amalan daripada ibu Kak Shiela semasa berpantang

"Ibu kak Shiela paling disiplin tentang amalan ketika berpantang.Kalau nak tahu,masa berpantanglah ibu akan jaga kak Shiela sesempurnanya.Memanglah bosan tapi kebanyakkan pantang-larang itu sebenarnya memberi kesan yang baik kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang.Ibu selalu pesan,kita bukan tahu berapa banyak urat kita yang terputus ketika bersalin?Mungkin selepas beranak,kita rasa dah ok tetapi apabila tua sikit nanti mulalah rasa sengal-sengal badan,angin sana-sini"

Apa amalan Kak Shiela ketika berpantang

"Oh,terlalu banyak yang 'dipaksa' ibu.Sebaik keluar dari hospital,naik sahaja ke bilik jangan haraplah nak turun ke mana-mana dah.Stoking hanya dibuka ketika hendak mandi sahaja.Kalau nak panggil sesiapa,guna loceng,tidak dibenarkan menjerit.Tak boleh membaca.Kalau tidur di katil,kaki tidak boleh dibiarkan tergantung.Benguing hanya dibuka ketika berurut sahaja,kemudian mesti diikat balik.Berparam,berpilis jangan cakaplah.Tetapi alhamdulillah dengan amalan-amalan itu memang senang mahu kembali segar,sihat dan langsing."


Nota Comel-->Ok kite pun nak kongsikan juga amalan semasa berpantang.Alhamdulillah mungkin disebabkan kite ni petite type dan jenis susah naik berat badan(padahal makan tak ingat dunia).Maka officemate,jiran,sedara-mara dan hubby sendiri suka usik mengatakan kite ni bukan mak dara(anak dara gitu opssss).


Kite berpengalaman lahirkan si kembar secara pembedahan dan si kecil secara normal(setelah dipaksa doktor untuk merasai sendiri nikmatnya bersalin normal).Maka bermulalah pantang sana pantang situ dan dimonitor oleh mak tercinta.Berpantang semasa cara pembedahan dan normal berlainan.Masa berpantang kembar,memang kite tak boleh diurut dan jalan pun terlalu berhati-hati dan slow kalah awek Jepun yang pakai Kimono tu.


Disebabkan tak tahan menghadap kepetahan,kebisingan,kelajuan,kenyaringan suara mak bila kite 'melanggar' disiplin,sampai pitching mak pun lari...maka kite menjadi anak mak yang cukup 100% mengamalkan amalan berpantang yang diturunkannya.Mungkin sama je dengan korang...meh baca.

  1. Susukan anak kalau nak langsingkan badan.Ia juga dapat mengecutkan rahim dengan cepat.Kite susukan ketiga-tiga anak hampir 3 tahun!Rahsianya...banyakkan berzikir,amalkan makan sayur,minum banyak air putih.Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya hingga memberikan kite susu yang banyak ^-^ 
  2. Pakai stoking.Kite buka stoking pun time ke toilet dan mandi,then sapu minyak baru pakai stoking.Elakkan kipas angin dari menghala terus ke badan korang.
  3. Pakai pilis dan param.Memang tak selesa tapi itu untuk elakkan rabun.Kurangkan membaca tapi masa ni kite ok je baca Pa& Ma,buku zikir dan majalah biasa.Masa ni mata memang kena jaga,banyakkan rehat.
  4. Masa nak makan nasi mesti nasi yang baru/atau nasi yang ada panaskan semula.Mesti sentiasa panas.Then kite buat 3 kepal nasi,sambil berselawat kite berdoa kepada Allah agar sebagaimana kepalnya nasi ini,semoga Allah kecutkan rahim kite cepat agar dapat menjalankan tugas sebagai ibu dengan baik.
  5. Ada yang kata jangan makan lauk itu lauk ini,sampai ada yang makan berlaukkan ikan bilis???Dan jangan minum air banyak???Oh tidak!Kite sendiri mengamalkan pemakanan seimbang sebab susu yang nak diberi kepada anak2 perlulah berkhasiat.Dan air pulak memang banyak kite minum.Air suam sentiasa satu botol di sisi.
  6. Mak suruh sumbat BA.W.A.N.G P.U.T.I.H di lubang telinga kite yang comel.M.O.T.I.F?Supaya tak masuk angin!!!Depan mak je kite sumbat,bila mak takde kite cabut bawang tu.Ho ho ho dahlah busuk....yurkkkkk.
  7. Jangan pegang penyapulah,jangan jalan laju dan kangkang-kangkanglah,hati-hati takut ibu jari terlanggar kerusi nanti bentanlah.
  8. Masa lahir secara normal,kite dapat merasa nikmat diurut.Best.Kite memang tak langgar disiplin.Seawal pagi mandi air rebusan segala daun apa ntah,then bertungku(pergh best badan rasa segar je),berbengkung(memang rimas tapi badan rasa best bila nak buat kerja),stoking tak tanggal,berpilis,berparam,berbedak sejuk di muka.
  9. Nak bagi muka segar,kite amalkan minum air rebusan kurma cina merah dan ntah apa lagi bahan makcik urut belikan.Makcik tu belikan bahan2 untuk berpantang di kedai herba cina tu.Memang sedara dan jiran termasuk nurse yang datang melawat puji nampak muka kite segar,tak pucat.Akar kayu...kite tak boleh minum perghhhh pahit.Kite juga amalkan jamu tapi selepas habis pantang nanti susu 'panas',kesian baby cirit-birit.
  10. Akhir sekali hurmmm....ikut koranglah berpantang secara moden ataupun tradisional.Hanya korang yang tau badan korang ok ke tak.Para suami tak suka kalau si isteri sikit-sikit sakit,banyak tanggungjawab orang perempuan ni oiiiii..nak jaga suami...anak-anak lagi.Seperti kata mak Shiela Majid,kalau tak jaga masa berpantang,nanti umur belum cecah 40 tahun dah sakit sana,sengal sini,lenguh situ.

Oklah...SELAMAT HARI IBU untuk semuaaaaaaaa


Kredit Info:
  • Majalah InTrend Bulan Mac 2011

2 comments

8/5/11 16:10

kire masa bersalin kembar tu langsung tak urut ke?sbb sy pun ceaser n tak urut lagi pun..

selamat hari ibu ^_^

tolong vote danial boleh..?klik n like je kat cni danial

terima kasih =)

8/5/11 17:04

hye sis!selamat hari ibu ye!owh habis berpantang baru kite berurut.kalau bersalin normal masa temph berpantang dah blh berurut.ok2 otw vote 4 the cute danial!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...