2

Apa Beza Staf Baru...Staf Lama~Majalah Ujang

08:06 |
Semalam officemate beli 'Ujang',best gak lawak kali ni.Kite kat office asyik gelak je.Hidup mesti bergelak-ketawa tak boleh stress jer ngeee....Hah bagi yang dah lama kerja tu,perbaiki disiplin,kualiti kerja dan patuhi undang2 yang tertulis dalam surat kontrak yang korang 'sign' tu.Semangat 'Staf Baru' perlu sentiasa kekal dalam diri korang.Hasil kerja mesti tip top barulah boleh jadi pekerja contoh dan rezeki lagi diberkati amin.



Kali ni korang bukan akan dihidangkan dengan kambing panggang tapi tentang bagaimana nak membezakan staf baru dan staf lama.Kalau korang seorang staf lama...cuba korang kenang balik masa mula2 korang jadi staf baru~Lady D


Staf Baru...
Pintu opis tak bukak lagi korang dah tercongok kat luar menunggu pintu dibuka.Bimbang terlewat dan tercalar reputasi.


Staf Lama...
Pintu utama opis dah nak tutup baru korang sampai kononnya beralasan nanti korang akan balik lewat...eleh hampeh!


Staf Baru...
Muka sentiasa manis menyambut pelanggan yang berurusan dengan korang.


Staf Lama...
Muka kelat masam mencuka kerana mencampurkan masalah peribadi hingga urusan dengan pelanggan pun menjadi pahit dan menambah tensen.


Staf Baru...
Ke tempat kerja naik kenderaan awam,pinjam kereta keluarga atau rayu ihsan bapak hantarkan.


Staf Lama...
Pergi kerja naik kenderaan sendiri,kalau member nak tumpang disuruh isikan minyak,nak save budget.
Staf Baru...
Tak banyak bercakap,apa saja yang diarah pasti akan dilaksanakan.Senang cakap bagi apa je kerja pun dia akan buat.


Staf Lama...
Suruh siapkan kerja,bertangguh.Pandai menjawab pulak tu.Kalau buat kerja pun muka ketat dan sendat,buat asal siap.


Staf Baru...
Bila bertegur sapa sentiasa dengan hormat dan bersabar bila ditegur pasal kerja.


Staf Lama...
Bila dah lama,makin kurang ajar dan hilang sopan santun.Perasan dah seniorlah tu.




Kredit Info:

  • Majalah Ujang Mei 2011



2 comments

10/5/11 15:25

dulu suka baca...dah lama tak beli...huhu

Salam.
Kerja kat Majalah Ujang ke? Ada kerja kosong tak? Hehehehehe....

Daripada:
Ain Syuhada@zezebel.
zezebel.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...