1

Asid???Alamak Tengok!!!Wanita gak jadi mangsa ngrrrrrrrr....

08:15 |
Pasukan khas buru lelaki simbah asid

KUALA LUMPUR: Polis Brickfields menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah asid dalam beberapa kejadian di sekitar kawasan ini dan Bangsar, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya sedang menjejaki lelaki misteri dipercayai rakyat tempatan berdasarkan warna kulitnya.

Menurutnya, motif kejadian sukar dikesan berikutan suspek tidak memilih mangsa dan membaling cecair berbahaya itu tanpa tujuan.

Katanya, sejak awal tahun ini, pihaknya menerima 10 laporan berkaitan simbahan cecair berbahaya dan dua kejadian di Brickfields membabitkan tiga wanita termasuk seorang parah di muka dan badan.

“Kami sudah menghantar sampel cecair ke Jabatan Kimia dan anggota polis sudah ditempatkan di kawasan Bangsar dan Brickfields yang menjadi tumpuan penyerang misteri yang menunggang motosikal berwarna gelap,” katanya, semalam.

Wan Bari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung lelaki misteri atau kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan pernah menjadi sasaran penyerang misteri itu ketika mereka menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Bangsar.

Mereka didatangi seorang lelaki menunggang motosikal Yamaha Lagenda sebelum melempar bungkusan plastik berisi cecair. Itu kali kedua kes seumpama itu berlaku di sekolah berkenaan.


Nota Comel--->Berhati-hatilah korang semua ye.Malang 
tidak diduga.Penjenayah ni bijak,area tu dah panas,so 
diorang akan pergi buat hal kat area lain pulak.Bimbang
keselamatan anak2 yang pulang dari sekolah.Begitu 
juga bagi kawan2 wanita,adik2 perempuan,sedara-mara
 perempuan yang sudah tentu perlu keluar untuk bekerja 
dan belajar.

Lelaki tu ada pengalaman buruk dengan perempuan kot.

Itu sebab duk simbah asid tak nak perempuan cantik.Tapi
kesian pada mangsa2 yang tak berdosa.Harap pihak polis 
dapat tangkap penjenayah ni secepat mungkin.Sebab 
simbahan asid ni kekal kat kulit,melibatkan kos yang tinggi
 kalau nak repair pun huhu.....



Kredit Info:

1 comment

9/5/11 22:17

menakutkan...mmg kena hati2 pasni...ish3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...