1

Asma '41~AL-HASIB

07:24 |
Bismillahirrahmanirrahim
MAHA MENCUKUPI


AL-HASIB,Penjamin,Penghitung,memberi jaminan yang cukup kepada khalifah-Nya.Sebaik-baik Penghitung.

1-->Menghindari pencuri
Takut kehilangan barang atau ancaman orang jahat?Baca Ya Hasib 70 kali untuk mohon perlindungan Allah.Hendaklah dibaca dari malam Jumaat selama 7 malam berturut-turut.Selepas itu bacalah doa ini:

Ya Hasbiyallahul hasib
Ertinya : Ya Allah Yang Maha Menghitung........(tetapi anda mestilah jelas di dalam berdoa,contohnya nyatakan seperti ini);

Ya Hasbiyallahul hasib,Ampuni dosaku.Lindungi diriku dari musuh(atau lindungi hartaku dari kecurian).

Allah adalah Penjamin Yang Maha Agung.Insya Allah anda akan terhindar dari bahaya tersebut.

2-->Membuang tabiat buruk
Jika isteri anda mempunyai sikap/tabiat buruk(seperti tidak solat,mengumpat atau sebagainya) atau suami anda mempunyai masalah yang sama(melihat perempuan yang bukan mahram,sentiasa memarahi isteri dan anak-anak,pemalas dan sebagainya),maka hendaklah isteri atau suami(bergantung kepada siapa yang bermasalah) membaca Ya Hasib 77 kali dan menghembus ke dalam air.Ini hendaklah dilakukan pada hari Khamis selepas solat Zohor.

3-->Mengukuhkan kedudukan
Untuk menguatkan kedudukan anda di tempat kerja atau sebagainya,baca Ya Hasib 777 kali sebelum solat Subuh atau sebelum matahari terbit di waktu pagi dan sebelum solat Maghrib di waktu petang,insya Allah anda akan mendapat apa yang diinginkan.



Selamat berzikir.Niat mestilah ikhlas sebelum meminta kepada-Nya.Gunakan zikir untuk tujuan kebaikan.Selamat beramal


Kredit Info:
  • Buku Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

1 comment

11/5/11 08:04

Perkongsian yang bermanfaat. Semoga dihitung sebagai pahala ibadat, kerana Dia yang bersifat dengan al-Hasib

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...