0

Baca ni!KEMAS RUMAH Kurangkan Risiko Kanser Payu Dara.Apa lagi meh ler house keeping!

15:10 |
"Alah malas ler nak sapu lantai.Dah sapu nak kena mop pulak tu!"

 "Penatlah mak,kan cuti hari ni.Nantilah saya tolong mak kemas rumah.Nak layan blog dulu ni"

"Apa?Tolong abah cuci longkang?Dah tu kena lap tingkap?Erm penatlah nanti berpeluh.Dahlah sekarang cuaca panas,malas aaaahhhh"


Kaum wanita yang sering melakukan kerja mengemas rumah seperti menyapu dan mengelap lantai dikatakan kurang berisiko untuk mendapat kanser payu dara.

Penilaian terhadap 200,000 wanita dari 9 negara Eropah mendapati wanita yang menghabiskan waktu di antara 16 hingga 17 jam seminggu bagi melakukan kegiatan membersihkan rumah,kurang berisiko untuk menghidap kanser.Malah aktiviti mengelap,membersihkan debu atau mencuci dipercayai lebih ampuh dalam menyihatkan tubuh badan wanita berbanding aktiviti senaman.

Penurunan risiko kanser ini dinikmati oleh semua wanita di pelbagai peringkat usia sama ada yang belum mahupun yang sudah mengalami menopaus.Wanita muda mengalami penurunan risiko kanser sebanyak 30%.Manakala pada wanita menopaus,risiko kanser payu dara berkurangan sehingga 20%.

Nota Comel-->Apalagi jangan wujudkan 1001 alasan untuk mengelak atau malas dari melakukan kerja rumah.Selain dari dapat mengeluarkan peluh,otot2 badan bekerja secara aktif,ia juga dapat mengurangkan daripada risiko kanser payu dara.Alang-alang bercuti hari ni,Jom house keeping!!!


Kredit Info:
  • Majalah Harmoni 1-15 Mei 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...