1

Bila Malas Bergaya Hubby kata "Kenapa selebet je?".Bila melaram pulak "Hai..kenapa lawa sangat ni.Ni nak ngorat sapa?"~Pulak dahhhhhh!!!

17:37 |
Salam bertemu kembali.Semua dah minum petang?Alhamdulillah kite baru dibelanja makan kat Ice Room,nanti kite kongsikan ye.Korang baca tak Mingguan Malaysia hari ni di ruangan Kucing Jantan?



Aduhai suami, dengarlah rintihan isteri



BANYAK harapan disandarkan apabila seorang wanita itu menyerahkan dirinya sebagai suri kepada seorang lelaki. Sebahagian yang mereka ada, akan ditinggalkan. Jiwa dan raga akan diserahkan untuk seorang lelaki bagi sepanjang hayat pula.Ada yang bernasib baik, mendapat suami bertanggungjawab memenuhi segala keperluan. Yang dulu dari keluarga miskin, kini cukup semuanya. Dulu berada, kini melimpah ruah rezekinya seperti juga kasih sayang yang diperoleh.


Tetapi ramai tidak bernasib baik, mendapat suami indah khabar daripada rupa. Dulu dari keluarga miskin, kini bertambah melarat. Yang dulu berkecukupan, kini hidup tunggang-langgang menyara diri dan anak.Dan yang tentu ramai ialah suami yang tak reti-reti layan isteri. Walaupun berbuih mulut berleter, suami seperti buat tak endah untuk memahami perasaan dan hak isteri. Suami seperti pekak badak bila bab menghargai isteri ini. Tapi apa nak buat, dah jodoh.


Semakin lama usia perkahwinan bukan makin memahami tetapi semakin pentingkan keperluan diri sendiri. Sedangkan apa yang isteri harapkan bukanlah hal yang luar biasa dan besar. Cuma hal-hal kecil tetapi membawa makna besar. Jika mahu disenaraikan hal-hal kecil yang menjadi rintihan hati isteri itu tentulah begitu banyak. Ia sudah banyak dibahaskan.

Sebut saja soal memuji isteri. Juga malas membantu isteri mengurus rumah dan anak. Berat tulang membasuh pinggan mangkuk yang berlonggok di sinki. Ego dan gagal mengawal amarah, tak menghargai pendapat dan tak tahu mengambil hati isteri, suka berbohong dan tak memahami perubahan isteri.Perangai sebegitu seperti diwarisi, diperturunkan dari generasi ke generasi. Mungkin sebelum mengahwinkan anak lelakinya, seorang ibu perlu memberi kuliah khusus bagaimana mahu menjaga isterinya agar ‘kecacatan kecil’ itu tidak berterusan.


Inilah yang Kucing Jantan dapat rasakan daripada respons kaum Hawa terhadap artikel Kucing Jantan pada 27 Mac lalu bertajuk Aduhai isteri yang lokek bersolek. Sebahagiannya begitu biasa didengar tapi masalahnya, ia tak mudah disedari suami. Ia seperti menyiram air di daun keladi dan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Surat 1 dari Norainon.
Saya sangat setuju dengan anda mengenai topik ini. Kebanyakan wanita hanya bersolek untuk orang lain di pejabat, bukan untuk suami. Anda tau kenapa? Sebab suami tak pernah menghargainya pun. Ada ke nak puji? Dah lah tak puji, kadang-kadang buat tak nampak je. Kalau perempuan lain, siap bagi komen lagi. Hati isteri mana tak panas.


Suami pun tak berdandan untuk isteri. Balik rumah, baring kat kerusi panjang, penat gila - macam dia sorang yang kerja. Tangan pegang remote control TV. Paling buruk, dah buang baju, berlengeng dan terburai semua lemak perut. Lepas tu berdengkur, TV pulak tengok dia.



Isteri balik dari pejabat, terus ke dapur untuk masak. Kalau ada anak kecil lagi teruk, semua nak diselenggarakan. Suami tetap depan TV dan mengharapkan makan malam tersedia ikut waktu.Dah makan, isteri kena basuh pinggan dan berkemas. Mana nak basuh baju lagi. Bila dah penat, mana ada masa nak make-up untuk suami?


Alahai, kalau suami nak pasang lain, isteri cantik dan selalu bersolek pun, dia tetap jugak dengan keputusan dia tu. Saja je cari alasan nak salahkan isteri.Anda patut tulis lagi satu rencana dan bincang mengenai kecacatan suami.


Surat 2 dari Shirana Hashimah
Hai kucing jantan. Ini mengenai wanita yang suka bersolek di luar rumah tapi bila di depan suami tak bersolek. Untuk pengetahuan Kucing Jantan orang perempuan bila bersolek untuk suami nanti suami kata nak pergi mana pakai lawa-lawa ni?Dia juga akan kata sudah buang tabiat ke? Saya pernah dengar suami berkata bila keluar bersama dia, pakai kain batik pun tak apa. Buat apa nak pakai lawa-lawa. Bila kita berhias diri, suami pun tak puji kita. Sepatutnya suami kenalah beri pujian.


Bila di pejabat sebab apa orang perempuan berhias diri? Sebabnya nak jaga periuk nasi. Lagi satu pulak kena jaga penampilan. Kalau pergi pejabat dengan tak berhias nanti orang cakap macam jaga anak sepuluh orang (KITE SETUJUUUU).Jadi, janganlah nak komen orang yang suka bersolek.




Nota Comel-->Apa pendapat korang pulak?Sebenarnya semua isteri suka bergaya.Kite mekap pun simple je masa bekerja sebab nanti nak solat,senang nak cuci mekap.Melainkan waktu 'bendera merah' kite boleh mekap tebal sebab tak payah nak cuci mekap di office.Disebabkan kite ni mak dara yang anaknya 3,maka penampilan dan pilihan pakaian perlulah sesuai.Tak over,sesuai dengan usia dan status sebagai bini orang.


Cuma kadang2 diakui memang ada isteri yang pakai tangkap muat je sarung baju kerja.Macam nak gi market beli ikan pun ye.Ada juga isteri yang bergaya mak aihhh kalah anak dara!Mengikut trend terkini dengan pelbagai lilitan shawl yang tengah 'in',boleh bikin hati bujang pun bergetar.



Tapi tulah bila kemalasan melanda,mana dengan sibuk uruskan anak2 di pagi hari,kite simple je gi kerja.Tu pun hubby tegur "Apasal simple sangat?Kan banyak baju,tudung,kurung,skirt,seluar boleh pakai?".Bila kite melaram sikit(mood riang ria),hubby lak bising."Hah ni apa lawa2 sangat gi kerja.Kang ada yang suka buatnya dicalit apa2 minyak,kan susah!"Pulak dahhhhhhh!!!






Kredit Info:


1 comment

15/5/11 12:40

salam... saya pun suka sgt baca artikel nie... tp hari ni baru berkesempatan letak kat blog...;P

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...