1

Buletin Utama | 16 Mangsa Yang Terkorban Akibat Tanah Runtuh Di Hulu Langat

20:20 |
Fail:FirstSurahKoran.jpg

Al-Fatihah kepada semua mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,


Mangsa terakhir yang ditemui pada pukul 5.05 pagi tadi.Runtuhan tanah menimbus khemah dan mengakibatkan 16 mangsa terkorban.Sebelum kejadian,semua mangsa sedang sibuk berlatih nasyid,kompang dan membuat persiapan di dewan makan.


Suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat.Sedih mendengar luahan hati seorang ibu;Puan Zakiah Ibu kepada Shafiq.Kalau arwah masih hidup,esok arwah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Medik.Kawan-kawan kelihatan trauma dan sedih kehilangan kawan-kawan yang sebelum ini,bergelak ketawa dan sama-sama sibuk di khemah dan dewan makan.

7 jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad,selepas Zohor.9 mangsa yang terselamat masih dirawat di Hospital Ampang.Dua orang mangsa ada yang hilang kaki kanan dan seorang lagi mangsa hilang kaki kiri.3 mangsa masih di ICU. 


Guru,Salmah Salleh tiada di tempat kejadian.Beliau tidak tahu salah satu mangsa kejadian ialah anak muridnya.Tukang masak di Rumah Anak-anak yatim itu juga turut kehilangan anak-anaknya.Begitu sedih juga dan terkejut kerana kehilangan anak-anak yatim yang selalu di depan matanya setiap hari.


Nasihat Pakar Geologi-->Kenal pasti air yang terbit di kaki bukit & pergerakan batu kerikil.Pastikan salur paip tidak bocor.Jangan fikir 2 kali bila sudah nampak tanda-tanda seperti di atas.Buat laporan dan kaji sejarah lereng bukit di kawasan kejiranan anda.


Nota Sedih-->Sekarang ini cuaca tidak menentu.Tanah di kawasan tinggi dan puncak cerun umpama 'Bom Jangka'.Ajal maut ditangan Allah.Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam golongan beriman..amin.





1 comment

25/5/11 09:41

al-fatihah utk semua mangsa..~~

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...