0

Drama Ampunkan Dosaku Mak di TV9~Sempena Hari Ibu Besttttt!

22:24 |
Salam malam.Baru je selesai tengok drama ni kat TV9.Perghhh best!!!Tahniah kepada Nasreen Ngasri dan Fara Fauzana serta Murali Abdullah kerana jalan cerita ni banyak berlaku dalam kehidupan realiti.Akibat perceraian atau perselisihan faham antara ibu dan bapa,mereka mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan yang 'baru'.


Si anak pulak tidak kenal langsung ibu/bapa sendiri.Hinggakan bila anak meningkat dewasa,ditakdirkan berjumpa,bercinta dan terlanjur dengan ibu/bapa sendiri!Memang ramai anak bila dah duduk belajar di bandar,mula lupa tujuan sebenar untuk memperbaiki kehidupan ibu bapa di kampung.Mudah leka dan lalai dengan kemewahan duniawi yang banyak menjerumuskan ke dunia maksiat.


Jom baca sinopsis drama ni.Rugi siapa tak tengok tadi tau.






Skrin Di 9 – Ampunkan Dosaku Mak
4 Mei 2011 (Rabu), 8.30 malam


Drama terbitan Nasreen Pictures Sdn Bhd ini menampilkan lakonan terbaik Elly Suriyati sebagai Suhana perlu membesarkan anak tunggalnya Karmila (Fauziah Gous) sehingga ke menara gading. Suhana telah ditinggalkan oleh suaminya Farouk (Ridzuan Hashim) kerana tidak mahu hidup susah dan pergi memburu kekayaan di bandar meninggalkan mereka dua beranak. 



Sejak itu, Hassan yang dilakonkan oleh Haryanto sentiasa menjaga kebajikan mereka berdua kerana kasihan melihat Suhana bekerja keras siang dan malam bekerja untuk menampung kehidupan anak tunggalnya. Karmila pula berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti hasil keputusan cemerlang yang diperolehinya. Hassan sama-sama membantu Suhana mencari wang untuk pengajian Karmila. Namun apabila sudah merasai hidup berasingan dengan ibu apatah lagi bergaul dengan anak orang kaya, Karmila mula lupa daratan. Ingin hidup mewah dan memiliki barangan berjenama.

Haykal (Afiz Muiz) pula secara tidak sengaja telah memperkenalkan Karmila dengan bapa ayam bernama Marco. Sejak perkenalan mereka, Marco telah memperdagangkan Karmila dan memberi kemewahan kepadanya. Namun pada suatu hari, Haykal telah meminta Karmila supaya melarikan diri kerana dia mendapat tahu Marco ingin menjual Karmila ke luar negara. Ketika cuba melarikan diri itulah muncul Suhana dan Hassan yang kebetulan tahu tentang misi ini daripada rakan sebilik Karmila.



Pergelutan berlaku antara Marco, Haykal dan Karmila. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Hassan yang mengenali Marco memanggilnya dengan nama Farouk. Adakah Marco dan Farouk merupakan orang yang sama? Dan jika ianya benar, bagaimana pula perasaannya apabila mengetahui dia telah memperdagangkan darah dagingnya sendiri? 




Kredit Info:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...