1

GUA CAKAP TERUK ,TAPI HATI GUA BAIK!

07:57 |
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"MALU ITU TANDANYA ADA IMAN DAN IMAN ITU DALAM SYURGA.KOTOR MULUT ITU DARIPADA KEKASARAN PERANGAI DAN KEKASARAN PERANGAI ITU DALAM NERAKA"
Ada orang yang jenis malu semula jadi sejak lahir.Ada orang yang mudah malu kepada Allah,malu sesama manusia,malu kepada diri sendiri.Walau bagaimanapun kadang kala ada orang yang tidak malu dalam hidup.Mereka bercakap menggunakan bahasa yang kotor/kesat dan berkata "Walaupun cakap teruk tapi hati baik".


NABI MENYATAKAN SEBENARNYA ORANG YANG SEBEGINI DATANG DARIPADA KEKASARAN PERANGAI DAN IANYA DILARANG DALAM AGAMA.


Jadi baikilah kata-kata anda.Yang baik di luar itu datangnya daripada yang baik di dalam.Ianya sentiasa selari.




Nota Comel-->Begitulah juga bagi dunia seorang blogger.Berfikirlah sebelum meluahkan isi hati.Kuasa sebuah tulisan kadang kala boleh merapatkan hubungan dan kebanyakkan tulisan boleh meranapkan sebuah blog.Tidak semua rakan dunia maya yang suka membaca entri yang penuh info tapi diselangi kata-kata cacian dan sindiran tajam yang terus kepada si 'mangsa'.Ok semua renung-renungkan dan selamat beramal.




Kredit Info:

  • Buku Motivasi Renung-renungkan & Selamat Beramal-->Prif Madya Hj Izuddin Hj Ali



1 comment

19/5/11 17:59

tq sahabat, pencerahan yang amat mendalam, semoga kita semua mendapat manfaat...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...