2

Kuasa Solekan Mengikut Warna Anak Mata~Girls,It's A Reason To Shop Again!!!

18:47 |
Salam sejahtera hai..hai...semua rakan blogger.Wah meriah sungguh dashboard hari ni berduyun-duun dan bertalu-talu korang lancarkan entri memasing.Sampai mata terjuling dan leher terteleng-teleng dok khusyuk baca entri.Korang memang terbaikkkkkkk!!!


Ok hari ni kite nak kongsi tip bersolek dari Majalah Harmoni.Perasan tak korang,kurang tips di media massa untuk menggayakan eye shadow mengikut warna anak mata.Selalunya tips yang diberi adalah berpandukan warna kulit.Warna anak mata mempengaruhi juga penampilan dan kerdipan mata lagi nampak menarik.Ok tunggu apa lagi jom follow......


PADANAN PEMBAYANG MATA(EYE SHADOW) DENGAN WARNA ANAK MATA

ANAK MATA BIRU

Bagi yang memang bermata biru atau saja2 nak birukan mata (guna contact lens),ada banyak pilihan warna eye shadow.Jingga,merah jambu,biru,coklat,ungu,putih,keemasan,perak,karamel dan toffee.Si pemilik mata berwarna biru ini perlu mengelakkan warna hijau dan merah untuk merias mata.

ANAK MATA COKLAT


Hah inilah warna mata kite.Kat passport kite pun tertulis~Brown.Memang ramai yang bermata coklat.Pemilik mata coklat ini memang bertuah kerana mereka boleh menghiaskan mata dengan semua jenis warna.Tetapi sekiranya mereka inginkan yang terbaik,rona pembayang mata yang sesuai ialah toffee,putih,coklat dan coklat gelap.

ANAK MATA HIJAU

Pembayang mata yang sesuai ialah rona pic dan merah jambu.Selain itu,rona copper,kombinasi hijau dan kuning,ungu,plum dan jingga aprikot sesuai untuk pemilik mata berwarna hijau ini.Dengan menggunakan rona warna seperti yang dicadangkan,ia akan menghasilkan sesuatu yang unik dan pelik di samping memberikan kelainan kepada si pemakainya.Rona yang perlu dihindari ialah warna biru.

ANAK MATA KELABU


Koleksi warna yang sesuai ialah merah jambu,turqoise,biru,plum dan ungu.Bagi yang memiliki kulit cerah,rona sheer green sesuai juga diriaskan di mata,tetapi tidak bagi mereka yang berkulit gelap kerana warna tersebut tidak akan menonjolkan keceriaan pada mata anda.Warna yang perlu dielakkan bagi si mata kelabu ini ialah coklat.



Nota Comel-->Dulu kite pernah kerja sebagai Consultant di The Body Shop,KLIA.Kami perlu gunakan latest product dan memang best bermekap ni.Ada satu hari tu passenger dari Jepun cukup suka tengok kite menggayakan eye shadow terbaru.Dan bila kite mekapkan,dia merungut sebab tak cantik macam warna yang ada kat mata kite.Puas kite tenyeh dan beritahu inilah warna eye shadow yang kite gunakan.

Then datang sorang kawan dia rupanya juru mekap kat Jepun(ngeeeee malu takut kot kite tak pandai mekapkan kawan dia).Si jepun tu beritahu,katanya warna anak mata kite coklat dan kawan dia light grey.Itu sebabnya  nampak lain walaupun warna eye shadow sama.Ohhhhh gitu rupanya.



Kredit Info:
  • Majalah Harmoni~15-31 Mei 2011


2 comments

15/5/11 19:06

mata sye dark chocolate ^^
hehe=)

15/5/11 19:48

@miszlullaby

yeihhhhh...samalah kite ngeee....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...