3

Malware kacau korang?Meh pakat Taekwondo~Kungfu~Silat Gayung~Silambam....ngrrrrr!

02:28 |
Salam pagi Sabtu yang ceriaaaaaa!!!Alhamdulillah setelah blog kite diserang menatang MALWARE ni,kite sudah mahir Martial Arts.Sebut je apa....Taekwondo...kite terror.Setakat Silat Gayung perghh dengan gayung-gayung kite jadikan senjata serangan.Apa?Silambam?Pun kite terror siap pakai tongkat Ali lagi...heh silap tongkat biasa jelah.Kungfu?Hurm kite berguru dengan Stephen Chow tau..wachaaa...
Alahai dah melalut pulak.Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan2 yang masih sudi singgah baca entri di blog ni.Kalau masuk guna Google Chrome memang terpampanglah Signboard Merah yang bagi warning(sekarang tak lagi ;-) Kalau masuk blog guna Mozilla ok pulak.Kite nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 yang guide untuk 'remove Malware'.Di antara rakan yang prihatin ialah;
Apa itu Malware?Semua dah tentu tau,kalau tak...Google ye.Dah pelbagai tutorial kite follow & buat antaranya;
  1. Tengok link address yang Google beri warning kononnya ada malware tu.
  2. Install Malwarebytes Anti-Malware(tutorial di sini) dan follow je arahan
  3. Scan blog di onlinelinkscan (tutorial di sini)
  4. Buang buat sementara,senarai Bloglist korang
  5. Kalau nak kekalkan bloglist,korang buang "favicon.ico" (tutorial di sini)
  6. Kalau masih ada warning dari Google,edit kod HTML;
Dashboard-->Design-->Edit HTML

Backup Template-->Tick Expand Widget Templates-->Find (copy link address yang Google beri warning tu)


Delete kod HTML yang berkaitan dengan widget daripada link address tadi) -->Save

Kesimpulannya Malware telah menyerang blog kite melalui kod HTML daripada widget 'Energy Saving Mode'.Tak semua link widget ni ada malware.Malware juga boleh menyerang dari template,widget,gambar yang korang upload dari pelbagai sumber,bloglist dll.


Nota Comel-->Ok selamat mencuba...dan berharap sangat blog kite tak kena Malware lagi.Ibarat kutu bercanak atas kepala,geram jer bila buka2 je blog...keluar pulak warning signboard merah tu huhu...


Kredit Info:
  • Semua rakan blogger yang beri tutorial di atas

3 comments

>Find (copy link address yang Google beri warning tu)

Apa maksud ayat kat atas tu ye? Blog saya tiba-tiba wat hal. Bila buka blog, sekejap tu automatik masuk fleeby.com. Kenapa ye :(

Eh, dah ok :) Saya delete macam-macam dah.sekrg dh ok :)

21/5/11 10:33

well done sis ^-*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...