5

Sehati Sejiwa RTM1~Bersama Serina Redzuwan & Salahudin Ghaffar(Gavin)

19:01 |
Salam hari Ahad...yeihhh.....bestnya cuti!!!Dapat aktifkan semula diari kehidupan sebagai blogger.Tadi lepas lunch gatal lak tangan ni godel2 channel tv.Jarang tengok Sehati Sejiwa.Rasanya dulu kite tengok pun masa pengacaranya Misha Omar,then Scha Al Yahya.Kite pun tak tau bila masa pulak Amyza Aznan jadi pengacara baru?

"Sehati Sejiwa~Ceritera Selebriti" itulah taglinenya.Terpaku tengok kemesraan pengantin yang boleh dikira masih baru ni.Anak lelakinya yang comel tu pun baru 7 bulan setengah.Jom kite kongsikan apa yang menarik tentang percintaan anak Chef Wan ni.

Serina-->Kami kawan setahun je.Dalam 6 bulan pertama kawan tu,Salahuddin dah melamar dengan sebentuk cincin.Kami ada persamaan dan juga perbezaan.Saya suka cakap tapi Salahudin pendiam.Dia memang suka senyum,senyum jer.Bila saya marah,tengok dia senyum terus saya sejuk.
Amyza-->Apa perasaan bila kali pertama jumpa Chef Wan?Takut tak?

Salahudin-->(Masa ni Serina banyak jawapkan untuk pihak suaminya.Salahuddin boleh cakap melayu tapi tak fasih)Saleh kata dia tak takut malah kagum sebab dah lama duduk Malaysia.Siapa tak kenal Chef Wan.

Serina-->Saya pun berdebar-debar juga nak bawa dia jumpa ayah.Tau jelah dia cerewet.Setiap kali saya berkawan dengan mana2 lelaki,saya selalu kena fikir,ok ke pilihan saya ni.Boleh ke ayah terima.Ni pulak bawak balik orang puteh!Tapi punyalah terkejut bila ayah buka je pintu "Heih...comelnya orang puteh ni,mata biru"!(sambil cubit pipi Salahudin).

Amyza-->Apa masakan pertama yang Serina masakkan untuk suami?

Serina-->Dia minta saya masakkan porridge untuk breakfast.Saya tengah masak bubur nasi,suami gelak.Rupanya porridge yang dimaksudkan ialah Quaker Oat!Dia tak suka ambil heavy breakfast macam nasi lemak,roti canai,mee goreng dll.Baginya pagi2 jangan amalkan makanan berminyak,badan perlu cergas.Dia suka makan quaker oat dan cereal. 

Salahudin-->Yes,it's unhealthy.Tidak baik.

Serina--->Dia juga suka masak lemak cili padi.Dia kalau nak makan dan nak minta saya masak,dia akan cakap "Yellow gravy with a lots of potatoes".

Ada caller dari Shah Alam,Norlisa;merupakan peminat Serina dari dia zaman anak dara lagi dan mengikuti segala perkembangan artis ni.Norlisa tiba2 sebak dan dia mengharapkan agar perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat.Janganlah bercerai-berai macam artis lain yang berkahwin campur.

Serina-->Terima kasih doakan kebahagiaan kami.Insya Allah kami akan usaha sebaik mungkin.Semua bergantung pada ketentuan Allah.Tak kira kahwin orang Timur ke,Barat ke kalau dah jodoh takde,nak buat macam mana.Yang penting kami amalkan berterus-terang,persefahaman perlu ada dan jangan hipokrit.Jadilah diri sendiri.Cuba tengok sepadan tak kitorang ni.Tahi lalat saya belah kiri.dia belah kanan..kan sepadan!

Amyza-->Do you have any problem with our culture?Chewah aku speaking London pulak!"

Salahudin-->No.I have business here.I'm teaching English and Sport in Johore.I'm stay 10 years here.I like all the foods here.Especially nenek beef rendang and aunt tat nenas.

Serina-->Tulah saya pun dah belajar buat tat nenas aunt saya.Sampai luka tangan sagat nenas.
Cucu kesayangan


Tristen Tareef yang baru berusia 7 bulan setengah.Tristen ertinya warrior dan Tareef luar biasa dalam bahasa arab.Umur 5 bulan Tareef dah pandai berdiri.Kalau dia duduk pun badannya kuat,tak goyang.Mungkin berkat saya amalkan susu kolustrum masa mengandung.

Caller Maimunah dari Seremban;mendoakan agar Serina kuat dalam membimbing saudara baru(mualaf).

Serina-->Terima kasih.Ya saya pun sehingga saat ini masih memperbaiki diri dan perbanyakkan ilmu.Ibu pun suruh saya perbaiki lagi bacaan semasa mengaji dan nanti senang nak ajar suami.

Caller Man dari Teluk Intan;mendoakan perkahwinan mereka bahagia.Dan sempat bergurau kenapa nampak Serina makin berisi dan kembang?

Serina-->Biasalah baru lepas bersalin ambil masa untuk turunkan berat badan.Ini pun saya dah berjaya turunkan 20 kg.Saya juga rajin bersenam macam main tenis bersama suami.


Nota Comel-->Ok itu jelah perbualan diorang tadi.Tak kiralah kawin orang putih ke,orang kuning ke,orang coklat ke,hitam ke...seperti kata Serina...Be yourself.Jangan hipokrit.


Kredit Info & Foto:
  • Sehati Sejiwa 01 Mei 2011 RTM 1 
  • Google



5 comments

moga depa bahagia

p/s : ishh.. segan nak bergambar dgn nazrey johani tu.

1/5/11 23:03

so sweetlah dorang ^^

2/5/11 00:10

comel..
anak dia, ikut muka suami dia.. hehehe.. wahhh hensem laa nati kalu daa besar.. hehe

2/5/11 08:15

salam sis...

semoga berkekalan...
sy suka dgr suara serina... serak2 bahasa gtu :0

2/5/11 09:11

Assalam,

Sweet sharing info.... ihikkks

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...