0

Semanis Kurma ~ Kekasih Gelapku Si Pembantu Rumah~Part 1

21:54 |



Assalammualaikum semua.Alhamdulillah dapat sekali lagi berkongsi segala ilmu rumah tangga pada malam yang penuh berkat.Mari teruskan membaca apa perbincangan Semanis Kurma malam ini.

Panel Jemputan-->Encik Fauzan Hj Husim-->Pakar Motivasi
                                   Penyanyi Shida (mak artis Bienda)


Pendapat Penonton

Perempuan-->Jangan pilih maid yang cantik
Lelaki-->Kita dah beri kepercayaan maid untuk jaga anak,jaga isteri,jaga rumah.Pilih maid dengan niat yang betul.Kalau niat maid tak betul(menggoda) lain jadinya.Semua bergantung pada attitude
Perempuan-->Tak patut!Sebagai lelaki kenalah setia pada isteri.Kalau ada affair dengan maid,tak patutlah.Mungkin lelaki nak test market,boleh tackle perempuan lain lagi tak.Bahaya kalau maid itu seksi.

Bila bercakap kenalah ramah
Tajuk malam ini Kekasih Gelapku Si Pembantu Rumah

Ustaz-->Kecurangan suami selalu pada orang yg hampir dengan suami,contohnya bibik. 


Ustazah-->Kenapa suami boleh jadi begitu?Boleh curang dengan bibik sendiri.Ada isteri yg nangis kerja penat siang,malam nak tolong suami.Satu hari pulang awal dari kerja,nampak suami bermesra dengan bibik.Isteri yg 100% percaya pada suami,diperkotak-katikkan oleh suami.

Ustaz-->Terasa dihina,tak dikasihi.Ada isteri yang tertekan sampaikan bunuh diri.

Ustazah-->Suami kekasih Gelapnya Pembantu Rumah.Alasan sebab isteri sibuk kerja,takda masa layan suami.Baru2 ni saya ceramah di satu tempat dan beritahu tajuk akan datang ialah tajuk yang kita bincang sekarang ni.Ada lelaki yang berkata suami sekarang banyak makan,banyak minum air tangan bibik,bukan isteri.

Nabi s.a.w. bersabda " Mana2 isteri yang sambut kepulangan suami,nampak suami berpeluh dilapkan,sediakan tempat yang elok untuk suami duduk,hidangkan makan dan minum,renung suami dengan kasih sayang.Setiap langkah,pandangan,renungan isteri itu pahalanya umpama memerdekakan seorang hamba.

Pergi ke kedai membeli arang
Berdosa tau kalau curang


Ustazah-->Ada yg kata mungkin suami tu bermata keranjang.Ataupun bibik itu yang 'daring'.Ada juga suami yang saja nak balas dendam pada isteri.

Fauzan-->Lihat pada penyelesaian bukan sapa yg salah.Bila suami tak jaga batas2 dari segi aurat,adab dalam rumah maka berlakulah kecurangan.Isteri pula lepas semua tanggungjawab pada bibik,basuh pakaian suami luar dalam,Jadi tak mustahil ada ruang untuk berlaku kecurangan.Kita cari punca bukan salahkan mana2 pihak.Sebagai nakhoda perlu penuhi hak masing2.Jaga adab,aurat.Ada sempadan,batas2.Selalu kalau rumah 2 tingkat,bagilah bibik bilik di bawah dan majikan biar di atas.

Shieda-->Selalu bibik ni kan orang Indonesia.Mana maruah keluarga bila suami curang dengan bibik?Bibik ni dah pandai guna bomoh supaya majikan kasih,sayang.Kadang2 semua ni datang tanpa diduga.Mungkin suami pun tak sedar.Bibik pun ada target datang sini nak cari duit lebih,nak bodek majikan lebih2.

Ustazah-->Apakah kriteria penting nak pilih bibik.Sebagai majikan perlu ke buat undang2?
Fauzan-->Sebenarnya tak ada penapisan bibik.Bukannya ada katalog untuk pilih bibik.Perbuatan curang boleh berlaku pada sapa2 pun.Walaupun suami dah rabun mata,umur dah 70 tahun ke atas pun boleh curang.Yang tentukan adab dalam rumah ialah majikan.Isteri sama jantina dengan bibik,jadi nasihatkan bibik batas2 aurat.Cakap dari hati ke hati.Bilik tidur biarlah kuasa isteri untuk kemas.Toilet dalam bilik majikan pun jangan beri 'orang luar' kemas.

Caller-->Puan Salbiah,Ipoh,Perak.

Dulu saya mengajar,ada bibik.Anak 2 orang.Saya layan suami makan minum.Bibik cuma jaga anak2 saja.Tapi walaupun saya dah buat semua,suami curang dengan bibik.Saya takde pun suruh bibik masak tapi dia masak juga.Saya malu pada jiran.Saya ingat nak berpisah dengan suami.Kalau boleh memanglah nak sampai ke liang lahat jodoh kami.Sekarang ni suami saya duduk dengan bibik kat rumah kami.Saya balik rumah mak saya.Saya dah usaha hantar bibik tu balik tapi suami saya kutip balik bibik tu.

Ustazah-->Saya pelik Pn Salbiah pulak yang pindah rumah.Ini menggalakkan lagi suami untuk berlaku curang.
Ustaz-->Sebagai isteri,kena duduk berbincang.Jangan keluar rumah.Suami hak isteri bukan hak bibik.
Fauzan-->Ada kesungguhan maknanya ada cintalah sampai sanggup suami kutip balik bibik tu.Hak isteri di sisi suami.Jangan tinggalkan suami.Bibik ada dekat rumah susah nak 'charge' khalwat sebab dia masuk bekerja dengan permit.Tapi itu dah dikira bersubahat.Elok puan pulang ke rumah.Tanya apa yang suami nak,apa yang bibik nak.

Simpan jerami dalam tempayan
Pastikan suami,isteri yang layan

Ustazah-->Boleh ambil bibik tapi pastikan jangan biarkan sewenang-wenangnya bibik boleh bergurau senda.Isteri di tingkat atas,bibik di bawah temankan suami minum kopi,temankan tonton tv.Nabi bersabda "Janganlah kamu berdua-duaan dengan lelaki/perempuan kerana di tengah-tengahnya adalah syaitan".

Jangan tinggalkan suami,puan jangan mengalah.Jangan membiarkan suami dalam maksiat.Mesti ingat setiap masalah ada penyelesaian,cepat atau lambat ada caranya.Minta nasihat pakar,keluarga,ustaz agar suami pulang ke pangkal jalan.

Fauzan-->Cemburu itu hak/perisai isteri.Bagi isteri yang berdepan dengan ujian ada 2 cara penyelesaian;

1)Pilih untuk terus bersama suami.Jumpa ustaz untuk minta doa lembutkan hati suami.Minta nasihat dari kaunselor/keluarga.
2)Pilih untuk berpisah.Hak untuk mohon fasakh.Lapor kepada peguam syarie atau pejabat agama yg berdekatan.

Caller-->Nidah,Cheras,K.L

Saya ada pengalaman 2 kali dicurangi oleh suami yg bermain cinta dengan bibik.Pertama tahun 2004 dan kedua tahun lepas(2010).Saya isteri yang bekerja di sekitar rumah,makan,minum,pakaian saya yang uruskan.Bilik tidur pun saya yg jaga.Suami saya baik,bukan playboy.Ntah kenapa boleh curang dengan bibik.Saya tak taulah kot suami nak try market je tapi dengan bibik?

Sampai satu tahap saya rasa dah melampaulah.Dulu dah bertaubat(kes pertama) tapi buat lagi sekali dengan bibik lain.Suami macam biasa normal,baik,tanggungjawab macam biasa.Kami anak 4 orang dah besar.Paling kecil 10 tahun tapi saya masih perlukan seorang bibik untuk jaga anak saya di rumah.Umur suami 50,saya 46.

Ustazah-->Bagus dan tabah betul ye Puan Nidah.Dalam pada suami buat hal masih boleh lagi puji suami tu baik.Hati Nidah masih sayang pada suami.

Shieda-->Kalau dah 2 kali ntahlah.Kali pertama tu bolehlah kata ter'accident'.Tapi dah masuk kali kedua...ketiga...itu dah 'habit'!.Saya dah berpuluh-puluh orang bibik.Yang muda peel lain,yang tua peel lain.Yang muda dengan kuku yg panjang,macam mana nak jaga anak?

Fauzan-->Sokongan itu perlu.Kalaulah Puan Nidah kata kat luar,rekod suami bersih.Nakal kat dalam.Anak puan pun dah besar.Cuba ambil bibik harian,yang kerja cuma 2-3 jam sehari.

Ustazah-->Yelah dah selalu terserempak dalam rumah,di ruang tamu,di dapur asyik tengok muka bibik,Dah tengok hari2 lama2 sayang.

Ustaz-->Kadang2 suami ni tak nak tapi dia digoda.

Ustazah-->Alhamdulillah ye ling(panggilan untuk Ustaz) dari mula kita kahwin,memang tak ada bibik.



Nota Comel-->Bersambung di Part 2 ye.Bagi siapa yg berminat dengan entri ni kalau nak kongsi(Copy & Paste) tolong beritahu di kotak komen.Saya penat menyalin nota dan menaip di sini,hanya satu tujuan untuk berkongsikan ilmu yg indah.Jadi diharap janganlah C & P tanpa berikan kredit.Saya tahu ada rakan yang C&P dan mengubah sedikit yg saya tulis.Sedih rasanya sebab saya mengambil masa 1 jam untuk menyalin nota laju2 ikut Ustazah dan panel jemputan bercakap.Dan 1 jam lagi untuk menaip di blog untuk dikongsikan dengan kawan2 semua ^-*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...