0

Semanis Kurma ~ Kekasih Gelapku Si Pembantu Rumah~Part 2

00:07 |


Caller-->Zubaidah,Pulau Pinang

Saya dah 5 tahun ada bibik.Ditakdirkan masa tu saya mengandung dan muntah2.Bibik beri macam2 ubat herba.Kandungan saya masa tu 5 bulan,akhirnya gugur.Suami pulak ceraikan saya sebab gilakan bibik tu.Anak saya hingga kini 3 orang tu jelah.Kerana cinta suami ikut hantar bibik ke Indonesia,suami hilang pekerjaan,hilang duit.Suami kata dia terkejut masa hantar bibik ke airport di sana,bibik perkenalkan laki dia dengan suami saya!Sekarang suami macam gila talak nakkan saya.Tapi hati saya dah tawar.


Shieda-->Petua saya yg paling penting dari segi memasak.Itu air tangan isteri.Suami saya memang tak suka bibik masak.Ikutkan masak,kain baju,bilik tidur saya yg buat.Kiranya kerja saya 80% dan bibik 20% je dalam rumah.Saya alert pada benda2 begitu.Bibik saya sampaikan takut dengan suami dan tak berani masuk bilik tidur kami.

Bila makan tergigit jari
Sapu dengan minyak gamat
Janganlah curang pada isteri
Hidup nanti tak selamat

Penutup kata

Fauzan-->Suami isteri ada tanggungjawab harmonikan rumah tangga,bugarkan hubungan kasih sayang macam baru kahwin.Jangan letakkan bibik sebagai punca retak rumah tangga.Kena tahu apa keperluan PEMBANTU RUMAH.Dia sebagai PEMBANTU bukan PENGGANTI.Kena tegas,bukan sterika bibik,dera bibik.Ini semua supaya rumah tangga jadi selamat.Bibik pun tak berani curang.Suami pula jangan nak korbankan rumah tangga dengan cinta 'Chipsmore'.Ingat pengorbanan isteri lahirkan anak2.Sayangi isteri,betul2 setia.Jangan lakukan perkara yang menyebabkan kemungkaran Allah.

Shieda-->Saya syorkan pada semua isteri,anda perlu tegas!Jangan biasakan rapat hingga bercerita/mengadu masalah pada bibik.Nanti dia akan ambil kesempatan.Kalau suami balik isteri sambut.Kalau suami nak minum,isteri hidangkan.Ini tidak."Bapak mau kopi?~"Ya mau"~"Bapa capek ya"~"Ya saya capek mau diurut".Kalau bibik tau urut Cakar Harimau lagi gawat!!!

Ustaz-->Perlu wujudkan adab2 Islam.Suami perlu jadi contoh pada isteri,anak2 dan bibik.Isteri pun perlu pesan pada suami selalu.Ujian lelaki ialah wanita.Kalau boleh cari bibik yang tutup aurat.Kalau bibik seksi mata suami pun juling!Didik baca Al-Quran,tutup aurat dan solat.Orang lelaki kalau nak jaga kehormatan dirinya,perlu jaga mata!

Ustazah-->Pastikan keluarga dibina di atas iman dan takwa.Iman ini yg akan jaga diri kita.Wahai isteri,sentiasa dampingi suami.Isteri jangan bagi ruang,suami jangan ambil peluang.

Doa untuk diamalkan bersama;

Suruh Yusuf-->Ayat 101
Surah Al-A'raf-->Ayat 126


Mudah-mudahan dengan doa ini,Allah jauhkan rumah tangga dari segala perkara negatif.Supaya suami dan isteri beroleh keamanan,menjadi pasangan soleh dan solehah dunia & akhirat.



Kredit Info:
  • Semanis Kurma~12 Mei 2011~TV9















Nota Comel-->Alhamdulillah kite ucapkan terima kasih kepada semua rakan yang sudi singgah baca setipa topik rancangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...