0

SEMANIS KURMA TV9~ISTERI GARANG MACAM SINGA PART 1~Tolong guna Mozilla Firefox Ye

00:46 |
Salam pagi Jumaat.Sebelum itu kite nak minta maaf sangat sebab ntah macam mana blog ni ada malware.Puas guna macam2 tutorial,scan dan delete segala yang tak perlu,pun tak clear.Harap kawan semua gunakan Mozilla ye sebab bila nak masuk blog guna Google,tak boleh :( Harap sangat kalau kawan2 yang tau cara nak remove malware,tolong tinggalkan di kotak komen ye.....Terima kasih.


Ikan parang dalam belanga
Adakah isteri garang macam singa


Panel Jemputan:



Haji Husim Bin Salleh - Pakar Motivasi
Irwan Shah (kumpulan X-Factor)
Sharifah - Isteri/PA Irwan



Ustazah-->Allah cipta wanita ni terkenal dengan sifat lemah-lembut.Isteri dinaikkan pangkat sebagai ibu kerana memang fitrah wanita Allah cipta lembut.Mesti ada punca,sebab isteri garang macam singa.


Ustaz-->Sebab pertama  PENAT.Balik dari pejabat,buat kerja di rumah lagi,masak di dapur lagi.Kalau suami tak tolong?


Ustazah-->Isteri perasaannya sensitif.Bila dilukai maka berubahlah karakternya.



Tadi ustaz dah beritahu punca pertama isteri garang.Ada lagi punca antaranya;


2)Tak dapat kasih sayang.Suami tak beri perhatian,tak nak layan isteri.
3)Suami buat isteri marah sebab tak beritahu balik lewat.
4)Suami puji wanita lain
5)Suami mungkin pernah buat salah/curang.Maka si isteri mendominasi rumah tangga dengan mengawal pergerakan suami walaupun suami keluar bekerja.
6)Tidak dapat penghargaan.Suami lupa hari istimewa,lupa bagi hadiah,lupa ucapkan terima kasih tiap kali isteri masak makanan yang sedap.Lupa puji bila isteri melawa untuk suami.Suami hanya tahu marah2 bila isteri lambat masak,lembap buat kerja rumah.
7)Didikan dari keluarga isteri.Mungkin keluarga isteri dah didik dia lasak jadi dah biasa bercakap kasar.


Beli perabot di Selayang
Isteri lembut suami pun sayang


Ustazah-->orang utara kata garang ni cenge.


Sharifah-->Saya uruskan aktiviti persembahan suami.Nak kata garang tu taklah.Kadang2 menegur apa yang kurang.Selalunya kami bertolak-ansur.


Haji-->Kadang2 isteri ni penat,suami pulak balik lewat.Balik je isteri pun check handphone ada tak SMS dari perempuan lain.Mungkin ada suami balik je kerja,tak membantu isteri.Duduk baca paper sambil tengok TV.Isteri kadang2 menjerit tegur anak2 tapi dalam masa yang sama dia 'tegur' suami.Stress.Ramai wanita bekerjaya,suami langsung tak membantu di rumah.Dah lah nak dapatkan maid susah dan kos yang tinggi.


Bila isteri dah penat,itulah sebab hilang pertimbangan.Emosi tak stabil maka keluarlah perkataan negatif.Dan lagi teruk keadaan bila suami menjawab.Penat lalu isteri pun menjerit.Ini berlaku bila suami tak tau uruskan keluarga.Sibuk sangat,balik je rumah suami mandi terus keluar.Pukul 1-3 pagi baru nak balik.Dah kahwin kenalah membantu isteri.Isteri penat..penat..penat,bengkeq lalu meletuplah jadi macam singa.


Kalau dapat isteri garang,apa patut suami buat?


Irwan-->Walaupun dah ada anak,kena 'dating' semula dan selalu.Suapkan isteri makan.Ada kawan saya ni walaupun dah 8 orang anak,dia masih suapkan isteri,begitu juga sebaliknya.Semakin tua semakin erat.Biarpun anak kata "Eihhh gelilah tengok abah mak ni bersuap-suap" Tak apa,biarkan.Tunjukkan keharmonian keluarga pada anak2.'Dating' suami isteri ni halal.Dating boyfriend girlfriend tu yang haram.Sebelum dapat nak 'dating' je.Dah kahwin tak nak pulak 'dating'.


Ustazah-->Ada 3 pantang larang suami isteri yang boleh gugat keharmonian keluarga.

  1. Sering marah2 atau melenting
  2. Sering kritik hingga pasangan sakit hati
  3. Suka cerita perihal pasangan pada orang lain

Susun barang atas almari
Isteri garang suami cabut lari



Ustazah-->Bimbang sebab kadang2 isteri suka tengking suami.Bukan apa takut kalau isteri meninggal dan tak sempat minta maaf.Bila suami bengkeq dan tak redha.Isteri dah jadi derhaka.Ada isteri yang garang hingga suami dah jadi macam orang suruhan.Mungkin pendidikan tinggi daripada suami,jawatan,status keluarga si isteri yang buatkan dia garang sebab dia lagi bagus dari suami.


Haji-->Ini terjadi bila rasa dia lebih daripada suami.Ini banyak berbentuk komunikasi.Sepatutnya suara isteri lemah-lembut dan rendah.Dah naik tune volume sampai terbeliak biji mata,suami sendiri ingatlah.Suami yang tak tahan pulak mungkin lagi tinggikan suara.Suami memanglah tolong isteri buat kerja setelah ditengking tadi dalam hati dia tak redha.Suami pun pendam rasa.Yang bengkeq akhirnya meletuplah,mungkin diam2 suami cari lain,lagi bahaya.Kalau boleh isteri mintalah maaf dengan suami.KOMUNIKASI.Kata2 berbentuk arahan mungkin buat suami kecil hati.


Kalau suami biar berterusan,nak tegur takut isteri lagi teruk.Biarkan begitu pulak...apa kesan buruk?


Irwan-->Kesannya bila anak2 melihat hubungan itu retak.Anak2 ni mudah lupa apa yang diorang dengar.Tapi anak2 mudah ingat apa yang diorang lihat.Nanti kalau anak cerita pulak pada kawan(anak jiran) lagi teruk,menjadi gosip.


Tips supaya isteri lemah-lembut selain bagi hadiah,dating,ingat tarikh penting,makan bersama?


Sharifah-->Bagi full time housewife yang suami balik lewat,perlukan masa2 bersama.Tak semestinya perlu 'dating' di luar.Di rumah boleh spent time tengok TV bersama,berbincang apa yang berlaku seharian.




Bersambung di PART 2






Kredit info:
  • Semanis Kurma 19 mei 2011 TV9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...