1

Semanis Kurma~Isteri Garang Macam Singa PART 2

00:49 |
Sambungan Part 1:


Ustazah-->Ada seorang lelaki bertemu Nabi s.a.w dan berkata "Tolong tunjukkan kepada saya apa amalan agar saya masuk syurga."Dan Nabi menjawab "Jangan kamu marah..jangan kamu marah..jangan kamu marah".

Pendengar-Puan Norli,Kuantan

Saya ni kahwin second husband.Yang pertama meninggal dunia.Masa berkahwin suami penuh dengan kasih sayang.Dan saya taat,penyabar.Sebelum ni selalu dengar orang bercakap macam2 tentang suami tapi saya tak percaya.Bila benda tu berlaku saya macam berdendam dan cakap kasar.Walaupun suami berubah tapi hati saya susah nak maafkan dia.Saya sentiasa tinggikan suara,macam ada 1 perasaan "Dulu kau buat aku".Hati terguris.

Walaupun suami minta maaf berkali-kali,susahlah!Saya dah jadi pemarah.Sekarang memang nampak sifat suami macam masa mula2 kahwin dulu,dah berubah.Suami pun ada cakap baik2 dengan saya,tak takut ke dosa..hukumnya derhaka.

Haji-->Ini berkait dengan pelbagai punca.Puan Norli dan yang sewaktu dengannya...anda masih belum terlambat untuk bina hubungan yang baik.Lupakanlah dendam,lihat ke hadapan.Nak hidup dan tengok muka suami hari2.Maafkanlah suami dan jangan ungkit kembali nanti gaduh dah mula tinggi suara.Beri peluang.Suami dah taubat nasuha tu,dah berubah.Puan Norli kena bagi peluang pada diri sendiri untuk berubah.

Irwan-->Hati dan perasaan kena ikhlas.

Ustazah-->Ini pun peringatan kepada para suami.Jangan mulakan satu perkara yang buat isteri marah dan kecil hati.Nabi bersabda;

"Mana2 isteri yang derhaka pada suami(tengking,jerit,tinggikan suara) akan dapat kutukan daripada Allah,para malaikat dan segenap manusia".

Wajar maafkan kesilapan suami dengan syarat suami itu berubah.

Pendengar-Muhd Salleh-Rawang,Selangor

Adik ipar saya lagi garang daripada harimau.Sekali dia bertempek,melutut adik saya datang.Tapi rumah tangga diorang dah hancur lebur.Apa kaedah untuk bantu?

Tanglung merah ada kakak tua
Jangan lekas marah nanti cepat tua

Haji-->Inisiatif daripada keluarga terdekat.Cari punca apa masalah diorang berdua.Pergi kaunseling perkahwinan.Mesti ada baik suami.Mungkin isteri garang tapi ada kebaikkannya yang lain.Mungkin ajar masa sesi kaunseling tu,meninggi suara pada keadaan yang sesuai,ubahlah sikap.Kadang2 dah kahwin 10-15 tahun sayang kalau rumah tangga hancur lebur.

Ustazah-->Nak jadi suami idaman macam mana.Apa nak buat kalau isteri garang?

Irwan-->Suami kenalah pandai bawa diri.Kami di rumah bersama masak di dapur.Saya menolong potong bawang walaupun mata pedih berair.Dia dah masak saya tolong cuci periuk.Kadang2 kami masak sekali.Tolong-menolong.Penting kerjasama.Suami jangan salahkan isteri.Suami tak nampak salah diri sendiri.

Bagaimana nak jadi isteri yang disenangi suami?

Sharifah-->Sentiasalah ingatkan diri sendiri.Sentiasa tenangkan hati,baru bercakap.Kalau suami balik dalam keadaan marah2,kita 'cool' dulu.Berdiam dulu,suami kan tengah panas,salah 'timing'...bahaya!

Bagaimana nak bagi hubungan suami isteri baik semula?

Haji-->Ada 2 perkara;
  1. Persefahaman
  2. Komunikasi- Penuh dengan kasih sayang.Ada eye contacts,ada rasa hormat.Dua2 kena  cakap lembut.Bila isteri bercakap/meluahkan perasaan,suami perlu MENDENGAR.Fikir dulu baru bincangkan.Selalunyasuami dengar je terus bebel,isteri manalah yang tak kecil hati.
Rumusan dan penutup kata dari kami;

  1. Jangan anggap isteri macam pembantu rumah
  2. Layan isteri sebaik mungkin.
  3. Elak ambil keputusan drastik.Kalau isteri garang macam singa,suami pula mesti sejuk.Jangan suami pulak jadi harimau.
  4. Bijak kawal emosi,elak lafaz talak,rosak rumah tangga akibatnya.
  5. Pepetah cina menyebut "Tangan yang menghulur bunga mawar,mesti tangan itu yang lebih wangi".Maka tak rugi berbuat baik kepada pasangan.
  6. Jadi isteri solehah yang dalam redha suami.Akan masuk dalam syurga kalau isteri mati dalam redha suami.
Doa untuk lembutkan hati pasangan,tak jadi takut pada pasangan,Allah akan pelihara.

Surah Hud ayat 5-6
Surah Yusuf ayat 64

ANDA BUAT ANDA DAPAT
BANYAKKAN IBADAT TINGGALKAN MAKSIAT



Kredit Info:
  • Semanis Kurma 19 Mei 2011 TV9

1 comment

Anonymous
24/11/12 19:13

Saya seorang yg taat pd allah...selalu berzikir..sayajlnkn t jwb saya sebagaj ibu n istri dgn sempurna..saya ni agak perfect....pandai masak..pandai kemas rumah dll...okla.. huby saya seorg yg sgt baik n caring..dia akn dgr ckp n keputusan saya. ....masalah saya...saya x tahan dgn perangai suami yg selalu buat saya nk marah...tapi saya kesian kt dia. .suami saya seorg yg suka ckp bnyk kali..betanya benda yg sama berulang kali yg lama2 saya jd bosan dan rasa nk marah..mmg saya rasa berdosa tp saya x tahan...ganer

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...