2

360 TV3~Highway Karak Bersama Volkswagen Kuningnya & Bukit Putus di Negeri Sembilan

23:06 |
Salam semua.Baru saja habis tengok rancangan 360.Best jugak topik malam ni.KARAK.....antara filem KRU yang akan ditayangkan pada 26 Jun 2011.Kita pun tak sabar nak tengok sebab ada juga diselitkan pengalaman adik-beradik KRU .Highway Karak....yang dikenali sebagai highway BERHANTU dan juga laluan MAUT,turut menjadi hot topic malam ni.



Highway Karak menjadi laluan pilihan bagi pengguna Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur,dan juga pengguna dari Kuala Lumpur yang menghala ke Kuantan.360 turut menemubual penduduk dan pengguna yang selalu melalui KARAK.Pelbagai kisah,pengalaman yang dikongsikan.


Antaranya pekerja lori tunda,yang selalu bersiap sedia bila mendapat aduan kereta rosak/kemalangan.Kebanyakan mangsa kemalangan memberitahu mereka nampak/diganggu kelibat pontianak.Paling terkenal sudah tentu Volkswagen Kuning...tanpa PEMANDU!!!Dan antara gangguan lain ialah tiba2 ada 'benda' tu elok je duduk dalam kereta di seat belakang.Bayangkanlah korang tengah drive,tiba2 je mata terpandang cermin pandang belakang dan nampak benda alah tu...mau tak terbabas!!!



Kita juga tak kan lupa cerita ni,sejak dari sekolah menengah lagi menjadi perbualan.Tentang satu family ni yang melalui highway Karak.Nak dijadikan cerita,kereta mereka rosak.Si suami menasihatkan isterinya untuk duduk je dalam kereta bersama anak2.Jangan keluar dari kereta walau apa pun berlaku.Si suami pun mengambil lampu suluh dan keluar untuk periksa keadaan kereta.Tak lama lepas tu si isteri tadi terdengar satu bunyi hentaman yang kuat di atas kereta dan kereta itu bergoyang dan terdengar bunyi yang menakutkan.

Teringat pesanan suaminya,isteri yang ketakutan terus mendiamkan diri bersama anak2nya di dalam kereta.Bila pagi menjelang,kelihatan pengguna jalanraya berhenti dan memandang ketakutan.Polis pun datang dan si isteri barulah berani keluar.Alangkah terkejutnya si isteri bila melihat keadaan suaminya di atas kereta itu.Suaminya sudah meninggal dalam keadaaan perutnya terburai dan ia begitu mengerikan.Tak taulah kita sebab cerita ini ada banyak versi.


BUKIT PUTUS yang menghubungkan pengguna ke Kuala Pilah dan juga Seri Menanti merupakan salah satu lagi jalan yang penuh misteri.Laluan ini juga terkenal kerana adanya Hutan Lipur Ulu Bendul.Memang selalu juga kita pergi.Uncle kita merupakan orang Kuala Pilah.Memang dia pernah terserempak dengan benda2 halus ni.Yang paling 'hot' kat sini ialah gangguan bagi penunggang motor.Motor tiba2 terasa berat,adakalanya rosak tiba2.'Benda' tu dok bertenggek atas motor tapi tak menampakkan mukanya.Berlainan pulak dengan hubby kita.Masa tu dia temankan kawan balik kampung di Kuala Pilah.Masa tu lebih kurang pukul 3 pagi,tiba2 kereta yang dipandu meragam dan mati enjin!Walaupun diaorang ni lelaki,bila tiba bab-bab gangguan di pagi buta,mau tak kecut perut!!!


Alhamdulillah setelah hubby dan kawannya membaca pelbagai doa dan surah,akhirnya kereta tiba2 boleh start!Mak kita pun terkena juga.Masa tu ayah kita sedang drive.Ntah macam mana tiba2 mak kita ternampak macam ada sesuatu yang mencakar di tepi tingkapnya.Mak kita panik dan kelam-kabut capai Yasin sambil membaca pelbagai surah.Masa tu ayah kita yang sedang drive pulak,pun terkejut 'benda' tu cakar tingkap belah ayah pulak!Tak nampak 'benda' tu cuma jelas kesan cakar secara live!Alhamdulillah ayah dan mak sama2 kuatkan semangat dan ayah tak panik,'benda' tu berlalu begitu saja.

Seorang pendakwah bebas berkata,jangan sombong dan beranggapan ini benda2 mengarut.Sebab jin memang wujud.Kita manusia hidup di dunia nyata,cuma kita je tak nampak jin.Jin pun hidup seperti kita semua.Cuma kadang2 jin memunculkan diri untuk menguji keimanan manusia(menyakat).Jadi manusia jangan suka takbur dan cakap besar,apatah lagi bila pertama kali memandu di kawasan yang tak pernah korang lalui.

Seorang jurutera pula berkata,faktor permukaan dan struktur jalan seperti keadaan jalan yang tidak rata,banyak selekoh tajam,berbukit-bukit dan jalan yang berbengkak-bengkok turut menjadi punca kemalangan.Kadang2 bila berlaku sesuatu kes kemalangan,mulalah semua penduduk berdekatan mula mengaitkan kes itu kononnya disebabkan 'gangguan'.Sedangkan mungkin pemandu itu sendiri cuai,tidak berehat sebentar walaupun mengantuk dan keadaan keretanya yang tidak diperiksa sebelum memulakan perjalanan.



Nota Comel-->Ayah kawan kita pulak terkena gangguan di roundabout berhampiran masjid Shah Alam.Ayahnya AJK masjid,kebetulan malam tu balik lewat sekitar 11 malam.Ayahnya menunggang motor dan pelik bila lalu roundabout tu,ayahnya tak nampak jalan keluar.Asyik berpusing-pusing.Puas ayahnya membaca segala doa pendinding dan segala surah pun tak berhasil.

Hinggalah ayahnya teringat satu petua.Terus ayahnya berhentikan motor,dia buka baju dan terbalikkan baju yang dipakainya(bahagian depan ayahnya sarung ke belakang).Mungkin kebetulan,berjaya dan ayahnya nampak dah jalan keluar.Masa tu keadaan sunyi sangat2.Subhanallah..........

P/-->Korang pulak pernah ke lalu higway Karak ataupun Bukit putus?Ada apa2 nak dikongsikan?Silakan...silakan...airport KLIA kita tadahkan.Selamat malam semua........assalammualaikum.

2 comments

15/6/11 23:22

seram giler.... kepada pemandu2 sume. berhati2 lah di jalanraya,xkira di mana tmpat, karak mahupun belum berKARAK..

16/6/11 13:26

fuhhh seram betul dgr cerita semua..pasni taknak da la jalan malam2 buta.ngeee~


p/s: please come and visit my blog
http://nuovefiabe.blogspot.com/2011/06/black-and-white-contestmomochan-join.html
pstt~jgn lupa vote momochan yee..thanks :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...