2

Betul Kata Ben Ashaari & Lekat Lekit Gurl~Jangan Pandang Sebelah Mata Peranan Blogger

10:05 |
Salam pagi Ahad yang ceria!Hidup sebagai blogger tak sah kalau tak menghadap 'Dashboard'.Tertanya2 apa entri terkini kawan2 semua!Minggu ni memang cukup panas.Sekejap isu 'PB',sekejap isu 'AE' dan kali ni pulak pasal artis 'GS'.



Alahai kenapa merendahkan peranan blogger?Terus-terang sejak kite bergelar blogger,kite akan 'klik' Dashboard' dulu untuk tahu dan ikuti perkembangan semasa.Berbanding 'klik' baca suratkhabar secara online.Sebabnya:

  1. Nak ikuti perkembangan semasa sesuatu kes macam kejadian tanah runtuh baru2 ni di Hulu Langat-->ramai blogger yang update dari pembacaan di suratkhabar dan ada yang update melalui tontonan berita terkini 'live' di tv(termasuk entri kite juga)
  2. Keputusan perlawanan sesuatu game seperti bolasepak,badminton dan sebagainya.Dapat tahu negara mana ke peringkat akhir,siapa juara,siapa tersingkir.
  3. Perkongsian ilmu agama-Alhamdulillah sejak kite ada blog,selain dapat berkongsi apa yang kite baca dan amalkan,kite juga dapat menambahkan ilmu di dada dengan ilmu agama yang rakan blogger kongsikan.Bukankah itu bagus,kadang2 tak mampu membeli kesemua buku agama.Tapi dengan satu 'klik' banyak ilmu yang kita semua perolehi.
  4. Ini paling best!Review F.I.L.E.M.Kadang2 sebelum kite berminat nak tengok movie.kite akan Google dulu.Dari review dan pengalaman kawan2 yang pergi,senanglah kite nak tahu best ke tak filem tu.Yelah lain blogger lain pendapat.Dengan review filem,para blogger jugalah yang ramai duduk mengunyah pop corn dan turut menaikkan rating kutipan penjualan tiket wayang!Betul tak?
  5. Review D.R.A.M.A. dan program .H.I.B.U.R.A.N.Ye...ini tak dinafikan dapat menarik ramai minat rakan blogger untuk lepak kat blog korang.Kite juga banyak dah berkongsikan entri tentang dunia hiburan.Jadi bukankah para blogger serba sedkikit dah menaikkan imej drama itu sendiri hingga menaikkan rating peminat untuk layan drama tu?
  6. Review buku/majalah -->Kite 'Ulat Buku'.Sudah tentu suka bila kawan blogger kongsikan apa yang diorang beli dan baca.Macam kite sendiri banyak kali dah kongsikan buku/majalah yang kite beli.Dan gara2 Nora Elena & Seth-->Kite dah baca kat online tapi nak juga beli novel Kasih Yang Suci kat MPH.Kan para blogger juga dah mainkan peranan menambahkan duit si penerbit/penulis novel tersebut?
  7. Fesyen-->Boleh tahu di mana untuk dapatkan produk terkini secara online.Juga cara nak bergaya dengan lilitan tudung/shawl yang terkini.Ini juga dapat menambahkan pendapatan para blogger yang berniaga online.
  8. Resipi-->Kadang2 hilang idea nak masak,klik jelah mana2 blog mesti akan dapat idea.Nak ringkas,nak mudah,nak ala2 western hinggakan ala2 Arab semuanya ada dengan satu 'klik'.
  9. Gosip-->Kadang2 teguran para blogger adalah tanda keprihatinan terhadap anak bangsa sendiri.Kita bukan di Hollywood untuk bebas berkarya dan bebas melakukan 'aksi' di drama,filem,iklan mahupun video klip.Teguran,pandangan,komen walaupun tak semuanya bernada positif,para penggiat seni dan selebriti perlu positifkan minda menerima itu sebagai satu teguran membina.
Kesimpulannya sebagai blogger,kite bersetuju dengan entri bro Ben Ashaari,Lekat Lekit Gurl dan juga kawan2.Janganlah kerana komen sorang je blogger,maka para artis dan selebriti hatta pemimpin pun memandang sebelah mata peranan .BL.O.G.G.E.R.Banyak dah blogger memainkan peranan untuk support 'produk' tempatan.Pesanan kite kepada diri sendiri dan juga rakan2 blogger;

Jangan berhenti untuk ber'entri;
Fikir dulu sebelum 'memuntahkan' idea;
Tegurlah sesuatu isu secara 'Halussssss'
Gunakan blog sebagai medium untuk meluahkan idea dan pendapat.Bukan tempat untuk caci, maki hamun secara buta tuli...kan tak manis.

2 comments

terjumpa entri ni.. Thanks sebab link kan url blog akak kt sini. apapun isu ni dah lama.. hurmm.. nak komen pn benda dh basi kan?? apapun memang peranan blogger skrg memang besar.. jd sesapa yg pantang rendah pd blogger org tu mungkin tak reti taip guna kebot atau clik guna mouse lagi kot sbb tu dia x reti nak baca blog

19/12/11 08:49

@THE LEKAT LEKIT STORY

hye sis !owh entri lama dah ni tapi takde istilah 'basi' masa mengomen.sentiasa terbuka utk komen mana2 entri selagi blog ni bernyawa hehehe...


yup...betul tu....^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...