16

Bro Ben Ashaari ~ Apo Nak Dikato Laei...Berikan 10 Sebab Untuk Kami benci!!!

23:58 |
Mula-mula ber'blog'.....terpilih di antara;





image


Terima kasih beribu kali kerana pelik!Pelik kerana ramai blogger yang tak habis2 adakan sesi kutuk-mengutuk dan caci-mencaci tiap kali bro Ben Ashaari(BA) adakan segmen/kongsi pendapat dan tegur secara terbuka.Tetapi entri BA tetap laju update hingga kite tak tau nak baca mana satu.


Indahnya jika dunia blog ini mempunyai blogger seperti BA.Kite tau ramai kawan2 blogger baik yang lama dan baru semuanya bagus seperti BA.Korang memang best,ramai yang rajin tinggalkan komen di blog BA.Ramai juga yang support BA dan juga kawan2 blogger yang lain.


Puas fikir alasan untuk benci BA macam blogger2 lain 'tu'.Ini antara 10 sebab munasabab untuk 'paksa' kami benci BA ialah;


Santai Bersama BEN ASHAARI

  1. BA sentiasa update entri tanpa henti.Kitorang nak buat satu entri pun kadang2 semput.
  2. BA rajin sangat kongsi segala yang berlaku di sekeliling kehidupannya.Diari kehidupannya penuh dengan segala yang menarik hati pembaca.Kitorang kalau setakat kongsi entri "Tumit Heel Ku Patah Di Tepi Titi' sah-sah takde sapa nak klik baca huwaa...
  3. Kitorang kadang2 takde idea lalu kongsikan dari Paper Online.Tapi entri BA tak sekadar kongsi bulat2.Ada ilmu dan pendapat yang diselitkan.
  4. Entri BA ringkas tapi padat(jarang dapat kite baca entri BA yang panjang lebar).Kitorang punya kadang2 berjela-jela,entahkan dibaca entahkan tidak huhu...
  5. Kenapa BA ni kelakar dan kadang2 'memaksa' kitorang gelak baca komen rakan2 blogger?Kenapa suka buat kitorang tersengih-sengih sendirian.Why?Why?
  6. Pandai buat 'Shouting Title'.Ada seorang wartawan Harian Metro berkata,pentingnya sesuatu tajuk yang dipilih untuk menarik minat pengguna membeli lalu membacanya.Begitu juga dalam pemilihan tajuk entri.Dan itu yang jarang kitorang lakukan untuk menarik minat rakan2 blogger.Tapi BA berjaya melakukannya ngrrrr....
  7. Sentiasa.....selalu.....support rakan2 blogger baik baru mahupun lama.Mengapakah?Kenapakah?
  8. Tak kedekut dengan ilmu dan pengalamannya baik dari segi nak tingkatkan traffiklah,cara nak tarik pembaca ke bloglah dan lain2 lagi.Isyyyhhh baik bebenor BA ni...awat???
  9. BA tetap sabar walaupun pelbagai tohmahan dan kutukan yang dilemparkan.Benci sebab BA ni sabar bebenor,tapi awas bila entri tegurannya bernada amaran.Masa tu sapa yang terkena berasap gak telinga.
  10. Yang ni korang sendiri tambah sebab kite takde idea kenapa patut kitorang benci BA.

Sebenarnya kite dan rakan2 blogger yang lain tak kan benci sesiapa pun.Hebat sangatkah blog sendiri untuk layak benci blog orang lain?Sebab dunia blog ini sungguh indah.Banyak lagi benda berfaedah perlu dikongsikan.Di bawah ini kite sertakan entri segmen BA~madah pujangga yang kite join dulu2.Ok terima kasih sekali lagi kepada BA sebab sudi pilih blog ini dan juga tahniah kepada kawan2 lain yang terpilih.


image
Di manakah daku berdiri kini;
Mimpikah daku di siang hari;
Ku pandang kiri...tiada sesiapa;
Ku pandang depan..ada cahaya.

Jika ku setia menunggu di sini;
Pastikah  ada temanku nanti;
Tiada sapaan tiada teguran;
Bolehkah daku sendirian?

Cahaya di depan seribu makna;
Mengamit daku terus melangkah;
Dunia realiti atau pun maya;
Ku berani menongkah arah.

Rupanya daku di dunia maya;
Rakan blogger datang menyapa;
Nama ku Aleasara;
Sudikah berteman dengan hamba?

Mari kawan mari saudari;
Selamat datang ke dunia kami;
Pesan kami sematlah di hati;
Agar jadi blogger dihormati.

Jangan sesekali iri hati;
Apatah lagi bongkak diri;
Berkongsi entri berkongsi diari;
Jangan sampai aibkan diri.

Dunia blogger dunia yang indah;
Jika bijak jari menari;
Usah gaduh usah bertelagah;
Kita semua sama di sini.

16 comments

19/6/11 00:18

tahniah juga dr sy..=)

19/6/11 00:37

bro ben memang terbaik bagi saya.. sebab tu dari dulu saya suka baca blog dia.. mungkin saya jarang komen, tapi saya still baca blog bro ben.. sebab bro ben adalah idola saya ^__^v


tahniah okeh :)

19/6/11 00:51

tahniah (^_^)

sifu ben pernah pilih entry cik suha
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/06/lelaki-yang-tidak-menaikkan-nafsu.html

http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/06/sesi-interview-bersama-wartawan-blogger.html

19/6/11 01:34

@Nour Akmal

tq ye sis!tahniah juga!

19/6/11 01:35

@Bella Bell

hye sis!kite pun kdg2 je komen ikut kesempatan.tapi mmg selalu menyemak komen kat entri BA he3...

19/6/11 01:36

@suha

wah tahniah!ni otw nak baca entri2 tu yehaaa

19/6/11 02:14

hehe.. salam perkenalan... :)

19/6/11 09:51

tahniah dari sy..
itu satu suntikan semangat dari bro ben untuk terus berblogging..hehe

19/6/11 11:02

Ben memang yang terbaik. No reason to benci him. ;-)

Entri terbaru: Gambar Dulu-Dulu...

19/6/11 16:46

wow! congrats.

hmm. tak paham dengan org yg cuba menjatuhkan org lain ni. Abang BA ni dah banyak tolong blogger baru kot. entry2 dia pun best. banyak yg boleh jadikan contoh. tp ada je kata2 sumbang dr mereka yang tak boleh tengok orang lain berjaya. hmm.

20/6/11 09:27

@Abu Huzaifah

slm perkenalan juga ye bro!!!

20/6/11 09:28

@Rahmad

tq...BA tak pernah rendah2kan semangat blogger yg lain,dia rajin beri tips dan info...

20/6/11 09:29

@logorithm

yeah that's right.tak tau kenapa ramai membenci bila yg lain setia.erkk ni lirik lagu apa pulak ni adeih

20/6/11 09:30

@EYFAalias

hye sis.btl tu byk gak masa kite bw jumpa entri atau komen yg kutuk2 BA.malas nk campur sebab dunia blog ni bkn blh bawa ke mati

7/6/13 01:18

hohoho.. itulah y x best nyer.. kan best kalau lam dunia blogging ni masing2 ambil sikap tolong menolong n sayang menyayangi...huhuhu :))

8/6/13 22:58

@AiSyA LiEzAselagi yang menaip itu manusia...tak dapat lari dari lakukan kesilapan.sama2 perbaiki entri he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...