1

FINAL PIALA FA~Gomo Kelate Gomo vs Peteh Ganu Peteh~Bila Bini Orang Tgnu & Laki Kelate Mari

19:41 |
Kredit Foto : erystudio

Salam Jumaat semua!Esok sudah pasti hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan.Apalagi kalau bukan Final Piala FA.Penyu Lawan Kijang.Tadi kat office ada sorang Operation Manager,Tuan Z beritahu masalah yang bakal Supervisor kami,Tuan A hadapi.




Kite pun tanya apa masalah tu?Besar ke kecil?Owh....memang besar!Masalahnya Tuan A  orang Kelantan dan bininya orang Terengganu.Dah tu apa masalahnya.Eloklah dapat pasangan yang berjiran negeri.Bukanlah..nampak remeh tapi jadi masalah besar tiap kali melibatkan sukan.



Tiap kali ada game je,letih Tuan Z nak dengar Tuan A mengadu bergaduh dengan bininya.Aura  bercinta dan berkahwin ni lain.Bila time sukan apatah lagi masa final~aura,mood dan semangat cintakan negeri kelahiran memang membuak-buak.



Kadang-kadang Tuan A sampai merajuk dengan bininya.Tapi yang peliknya esok diorang berdua akan turun berdua duduk sebelah-menyebelah masa kat Bukit Jalil nanti.Kalaulah Kelantan menang,mau moncong mulut bini Tuan A,kalah muncung ikan todak!

Pemain bola ligat di padang,takut tangan Tuan A dan bininya pun sama.Yelah kot diorang sibuk berbalas cubit-cubitan,jeling-menjeling gara-gara sokong negeri masing-masing.Apa-apa pun kite harap perlawanan esok tak maulah ada pergaduhan di antara penyokong kedua-dua negeri.Cuma tertanya-tanya kot esok ada ke layangan KAD MERAH ye???

Sentiasa sokong sukan tempatan yehaaa......

1 comment

11/6/11 00:42

kawan sokong pahang je...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...