7

Galaksi TV9~Sedih Melihat Airmata Isteri Ameng Spring

22:38 |
Salam semua.Wah makin rancak korang berkongsi entri.Idea tengah mencurah-curahlah katakan.Sambil blogwalking kite layan rancangan hiburan Galaksi di TV9.Dalam banyak2 tu,hati kite tersentuh masa dengar luahan dan keluhan hati isteri Ameng,Sabariah.



Bagaimana perasaan dia masa rakan2 seni minta izin untuk berjumpa suaminya.Walaupun berat hatinya mula2 tapi bila mengenangkan mungkin dengan lawatan rakan2,dapat memberi moral support,dia akhirnya bersetuju dan turut menemani mereka semua.



Sedih bila anak yang paling kecil bertanya dan sudah mula pandai mereka cerita.Setiap hari si kecil berkata bapanya akan pulang hari ni,kejap lagi.....Apalah yang anak2 tau selain daripada janji manis seorang ibu yang cuba menjaga maruah suaminya.
Ya,jangan mudah menunding jari di atas kesilapan Ameng.Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Cuma kesian kepada anak2 yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan berterusan daripada seorang B.A.P.A.Kesian pada emosi anak apatah lagi bagi yang sudah bersekolah.Hendak berdepan dengan rakan2 dan guru di sekolah ibarat merelakan diri untuk dihina,diperli,dicaci.


Itulah NAJIS DADAH.Mampu meruntuhkan rumahtangga,mengucar-kacirkan masyarakat dan menimbulkan masalah sosial dan jenayah.Kite memang di antara peminat lagu2 kumpulan Spring dari zaman sekolah lagi.Doa kite agar Ameng mampu dan terus kekal berubah dan kuat untuk tinggalkan najis dadah.Semoga isterinya,Sabariah cekal dan tidak mudah putus asa menjalankan amanah yang Allah beri sebagai isteri dan ibu.



Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195


Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
“..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

7 comments

10/6/11 22:48

kesian kat anak nanti..mesti dah besar akan ada orang cakp yang bukan2,.anak ameng perlukan perhatiannn :'(

10/6/11 23:44

harap2 dia taubat betul2 laa.. jangan ulang balik kesilapan tu.. siann anak2

11/6/11 00:46

semoga apa yg berlaku memberi pengajaran kpd mereka yg tersilap dlm kehidupan ini...jln pulang masih luas terbentang

11/6/11 01:46

tabah betul isteri ameng nih.

11/6/11 12:31

Kehidupan didunia tercorak sebegitu...

11/6/11 16:34

kesiannya ahli keluarganya... moga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian akan datang..ameen..

11/6/11 17:55

hurm ni la jadinye..jadi hape aku pon tak tau..

sian lak kat femili die..mesti jd cam dalam2 citer kan..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...