14

Hari Bapa Menjelma....Hari Ibu Berlalu...Di Manakah Anaknya?

01:17 |
Taat Kepada Ibu Bapa
JIHAD MELEBIHI FISABILLAH

Di mana orang tua anda saat ini?
Apa yang sedang mereka rasai?
Gembirakah mereka?
Dukakah hatinya?
Mungkin saat ini,hati mereka sepi
Mengenangkan anak-anak jauh di mata
Namun dirasakan sangat dekat di hati
Saban hari menanti
Rindu sekali untuk mendengar suara itu....
Suara yang begitu manja,ceria ketika kecil
Namun nada itu sudah berbeza kala menjengah dewasa
Sesekali didengar keras!
Wahai anak....Ini ayahmu...Ini ibumu...
Ayah sudah tua...tidak lagi setangkas dulu
Ayah ini sangat rindu kamu
Tapi ayah tidak tahu menzahirkannya....
Di mana kamu?

(Kredit Info-->Majalah Nur Jun 2011)

"Wahai anak,usah terlalu alpa mengejar cita2 dunia sehingga tidak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati.Hati yang sentiasa sibuk,memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata:

"Saya bertanya kepada Nabi s.a.w amalan apakah yang disukai oleh Allah s.w.t?Baginda bersabda:"Solat pada waktunya".Saya bertanya lagi:Kemudian apa lagi?Baginda bersabda:Berbuat baik kepada kedua orang tua.Saya bertanya:Kemudian apa lagi?Baginda bersabda:Berjihad di jalan Allah."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

14 comments

19/6/11 01:59

oh ye la. esok la father day[ waktu uk]

19/6/11 07:08

anak2, hargailah mereka selagi mereka masih ada...

selamat hari bapa~

19/6/11 08:52

klu ad hari anak..nanti besa kepala si ank nih...bia si ank yg ingat jasa mak ayah nyer.

19/6/11 12:31

erm.. terus rindu dkt my dad! ;)

selamat hari ibu , selamat hari bapa . adakah hari anak seselamat ibu dan bapa?

Ini Bukan Hal Remeh Wahai Wanita

19/6/11 15:52

Sayang ayah sgt2...:)

19/6/11 20:08

Ibu bapa kita seorang aje. bukan dua bukan tiga. Hargai mereka sementara mereka masih ada :)

20/6/11 06:14

selamat pagi isnin semua.dan tak lupa diucapkan sekali lagi selamat hari bapa utk bapa kawan2 semua!!

20/6/11 09:20

hehehe selamat hari bapa juga buat bapa2 seluruh donia..buat anak2 semua ingatlah takde ibu bape takdela kamu wahai anak2 (termasuklah diriku ini sendiri) hiks.

20/6/11 09:25

@mappiau

anak2 zaman la ni tak hargai ksh seorg bapa.diorg tak pernah letakkan diri diorg dan bygkan jika hdp mereka tanpa belaian dan ksh syg seorg bapa.

20/6/11 09:55

bestkan dapat sambut hari bapa.. best laki kalau dapat peluk ayah kita..
tapi.. kan best kalau ayah ada..

20/6/11 14:56

@Zul Fattah

al-fatihah bagi arwah bapa2 sekalian.insya Allah akan ditemukan di syurga ^-*

20/6/11 18:33

"Dimana anak-anakku?"

Tanya kita suatu hari nanti, sebagaimana ibu bapa kita bertanya pada hari ini.
Ziarahi mereka ketika mereka masih ada...

20/6/11 21:54

@abuikhwan

"ye betul tu sahabat...kalau ada yg berselisih fhm dgn ibu bapa..pulanglah dan bertanyalah khbr.entah kita atau mereka yg akan pergi dulu.....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...