0

La Boutique Cafe Upin Ipin & Pelakon Drama Annisa di Jakel Seksyen 7.Semua di Shah Alam!

23:44 |

Salam semua.Selepas balik dari Snow Walk I-City,kitorang pun keluar dari kawasan I-City dan berjalan-jalan di kawasan perniagaan Seksyen 7 yang berdekatan.Ada Jakel,Al-Ikhsan, dan heh,ada Cafe Upin & Ipin lah!Disebabkan kitorang dah makan,maka beli ice blended jelah.

Sori ye silaulah pulak.....
Suka...suka sangat poster ni!Dengan Dr.M lagi tu!
Kerusi warna-warni menceriakan lagi Cafe ni.
Yah itu dia anak2 kite sibuk pilih barang.Ada sandal,t-shirt,alat tulis,tabung,botol air,buku nota,buku mewarna,buku komik dan beg.


Oklah harga makanan kat menu yang kite belek tadi.Next time lah makan sini sebab perut pun dah kenyang.Cafe ni betul2 berdekatan area Jakel.


JAKEL

Fuhhhh SALE!Baju kurung cotton ready made murah2 je.Ada yang semurah RM49.90.
Kain pasang
Ada jualan lelong masa ni memang gamat!!!
Tempat langsir pun ramai
Masa kat sinilah tiba2 semua mata terkaku dan mulut kelu.Sebab kitorang semua tengok face to face Rozita Che Wan dan Zain Saidin(adik Sasha Elite).Perghhh  Rozita memang lawa dan mantoppppp!Dia pakai jeans pink gitu,ketat betul!Sedangkan kite yang Hawa 'cair' apatah lagi kaum Adam yang tengok.Staff Jakel beritahu dah 3 hari diorang shooting kat Jakel untuk drama Annisa.Gara2 terpegun tengok Anugerah Tuhan,kite lupa nak snap foto dia huhu.Lalu depan kite je diorang ni tau huwaaaaaa!


Tapi tulah Rozita memang suka pakai bulu mata palsu.Pernah kite baca kat majalah,dia bukan setakat pakai satu tapi 2 layer!Nampak pun tadi macam berattttt je dia nak angkat mata.Tapi memang serius dia lawaaaaaaaaa!Dan Zain pulak kat tv nampak kecil tapi tinggi juga dia ni.


Sinopsis Drama Anissa
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?
Pelakon:
Rozita Che Wan
Aida Aris, Faradhiya
Fiza Elite
Zamarul Hisyam
Eizlan Yusof
Drama Anissa akan mula ditayangkan 31hb Mei , jam 10.30 malam di Slot Samarinda TV3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...