4

Motivasi Hari Jumaat~SIAPA MUSUH SEBENAR?

07:46 |
Dalam kerja berpasukan,musuh anda BUKANNYA:

  1. Rakan sekerja anda
  2. Bos anda
  3. Peraturan kerja
  4. Jabatan lain

Tetapi MUSUH ANDA ialah:
  1. Produktiviti & kualiti yang rendah
  2. Kos yang dibazirkan
  3. Tenaga yang tidak digunakan
  4. Komunikasi yang lemah
  5. Masa yang terbuang
  6. Pengulangan/pembetulan kerja 
  7. Sikap negatif anda!

Terdapat pekerja yang asyik mencari kesalahan pihak lain dalam bekerja secara berpasukan sehingga lupa musuh mereka yang sebenar.Perkara seumpama ini jika diteruskan akan merosakkan sesebuah organisasi.

Tanpa pasukan yang mantap,sesebuah organisasi akan lumpuh.Oleh itu ingatlah musuh-musuh sebenar anda dalam kerja berpasukan


Nota Comel-->Semalam rakan sekerja kite ditegur caranya melaksanakan tugasan.Kelam-kabut,tidak ada perancangan dan tak sistematik.Terlalu banyak kesilapan berulang hinggakan bos mula bersuara.Sebagai rakan,setelah kite selesai melakukan tugas,kite tolong dia mana yang termampu.

Bagi kite bila kerja sepejabat,kalau sorang melakukan kesilapan,akan memberi kesan kepada jabatan lain.Bila lancar di peringkat A dan C,peringkat B pun perlu pastikan lancar.Jadi pengajarannya..."APA YANG PENTIG...KERJASAMA"mesti nyanyi macam Wonderpets!).



Kredit Info-->
  • Buku Motivasi Renung2kan & Selamat Beramal~Prof.Izzi

4 comments

yang tidak pernah difikir oleh kita
tentang musuh sebenar
Cara dan Tips Elak Blog Dari di Godam | Bertindak Sekarang!"

29/6/11 17:34

Betul tu...
Sebagai kawan, kena saling bantu membantu dan tegur bila kita buat silap..

CsP nak bagi Hadiah!!!
Transformers 3 : Dark of the Moon

5/7/11 11:18

bagus motivasi niii
musuh utama skrg rasanya masa kot

5/7/11 14:56

akak cuba nk berbaik2 dgn boss...sbb boss akak ni mcm perempuan moodnyaa...aduii pening pale dibuatnyaa....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...