6

Pekena Mee Rebus Hj Wahid di Presint 9~Tergoda Gara2 Entri di Blog Amrafahan

19:29 |
Assalammualaikum semua!Wah hari ni 'Dashboard' tak meriah seperti semalam.Sudah tentu ramai yang ambil kesempatan untuk berjalan2 hari ni,kan.Kite hari ni teringat entri bro Huszaini di blognya Amrafahan.Entri tentang M.E.E R.E.B.U.S H.J W.A.H.I.D.Terliur punya pasal alang2 nak bawa anak2 mandi di Taman Awam Presint 9,apalagi jom pekan mee rebus yehaaa....


Inilah Kedai Mee Rebus Hj Wahid.Diuruskan oleh anaknya.Kedai ini terletak di Medan Selera Presint 9,Putrajaya atau dikenali sebagai Medan Selera Payung.Ia berdepan dengan Taman Awam Presint 9 dan juga Dewan Presint 9.Parking pun ada cuma bila cuti sekolah ni,parking penuh juga.


Inilah kedainya
Lelaki yang baju pink itulah owner kedai,anak arwah Hj Wahid.Tak putus2 pelanggan yang datang
Sedikit hiasan mengenai menu yang ada
Antara mee & bihun yang akan dijadikan mee rebus,soto dan sup
Bahan2 untuk Nasi Tomato,Mee rebus,Soto,Nasi Ambeng dll
Antara senarai makanan dan harga,ada lagi.....
OK kan,daripada menghabiskan duit kat kedai mamak 24 jam tu..mahal!Baik makan kat sini.
Hubby ambil Mee Rebus Tulang...perghhh mantopppp!Kuahnya pekat dan rasa...yuppp sama macam kat Muar!Kite kan orang Muar,memang hampa setiap kali pekena Mee rebus Muar,tak sama style.Mee Rebus di sini memang rasanya hampir2 sama.
Ayam Masak Merah untuk Nasi Tomato
Dah lama tak pekena Nasi Tomato,apalagi.......ok nasinya sedap,lauk ayam masak merah,kuah dalca,jelatah dan owner beri kami daging dendeng.....pergh alhamdulillah.Owner siap bagi free nasi tambah...syukran.Owner memang peramah siap berborak lagi dengan kite dan hubby.Bila kite kata datang sini sebab kawan kat blog kata sedap,itu yang terus dapat nasi tambah dan daging dendeng....^-*
Datang satu family yang makan besar bersama anak,bini dan mak.Sampai 3 meja tuuuuu.
Ada sorang brother ni beritahu owner "Abang,ni yang nak marah ni.Kenapa tak sedap.Sebab tak sedap,saya nak tambah satu lagi!".Terus kitorang kat situ gelak.
Inilah pemandangan di Medan Selera.Ada banyak kedai dengan pelbagai pilihan makanan.
Berdepan dengan Taman Awam Presint 9.Ada swimming pool,playground,dewan,surau dan toilet.Lepas makan anak2 kite tak sabar nak mandi ngehhhhh....
Inilah Free Parking yang disediakan

Bagi sesiapa yang berminat untuk adakan majlis kesyukuran,kenduri dan sebagainya,bolehlah order makanan(catering) dari Kedai Hj Wahid di talian;

Nazmi
012-7452265








6 comments

5/6/11 19:44

anak kita suka makan soto nasik kat situ...nasik ambeng nya pun best jugak...

5/6/11 22:03

@Yana

:hye sis yana!oh ye ke?wah next time kite try soto dan nasi ambeng pulaklah

7/6/11 13:37

wahh!!! terpengaruh juga yer! kekeke lagi lengkap laporan nih yer! hehehe untungnya dapat makan nasi tambah free!! huhuhu.. patut kita pun dapat sekali laa.. hehehe

9/8/11 20:38

terima kasih kerana share info gerai kami..kami amat berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik blog...insyaallah ade rezeki kita jumpa lagi.

dari pemilik gerai Dezan Al barakath

9/8/11 20:42

ribuan terima kasih pihak kami mengucapkan kepada pemilik dan pembaca yang lain..kerana memberi ruang kepada masak kami di blog saudara saudari..kalau ada kekurangan atau layan kurang memuaskan..harap dimaafkan..kami akan cuba menaik taraf produktif kami lagi di masa akan datang..

daripada Pemilik Gerai.. Dezan Al barakath

10/8/11 06:23

@albarakath

"alhamdulillah trma ksih sudi sggh ke blog kite ni.yg baik dan sedap perlu dikongsikan bersama :)selamat berpuasa ye!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...