4

Pengumuman~Selasa-Giliran Wilayah Petaling & Sepang Pula Takde Air...Yarghhh Jom Tadah Air!

13:17 |
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Beberapa kawasan di wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula dari 9 malam hari Selasa depan (28 Jun 2011) hingga 9 pagi keesokannya (Rabu, 29 Jun 2011).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata gangguan berkenaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan paip bocor dan penggantian injap bersaiz 1,200 MM di Puchong Getaway.

Antara kawasan di wilayah Petaling yang mengalami gangguan ialah: Keseluruhan kawasan Lestari Perdana, keseluruhan kawasan Lestari Puchong, keseluruhan kawasan Taman Desaminium, keseluruhan kawasan Kota Perdana, keseluruhan kawasan Bandar Putra Permai, keseluruhan kawasan Taman Pinggiran Putra, keseluruhan kawasan Bandar Bukit Jalil.

Keseluruhan kawasan Saujana Puchong, keseluruhan kawasan Bandar Puncak Jalil, keseluruhan kawasan Lestari Putra, keseluruhan kawasan Prima Tropika, Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Taman Datok Demang, Hospital Serdang, Kompleks Agrobio, Serdang dan Hospital Veterinar, Serdang.

Kawasan di wilayah Sepang yang mengalami gangguan ialah kawasan IOI, Ikram, Taman Suria Tropika, Mardi, Uniten, LLM, Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Taman D'Alpina, Taman Prima Tropika, Taman Alam Putra dan Plaza Tol Ayer Hitam (SKVE).

Sehubungan dengan itu para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh berkenaan.

Pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL <jarak> <aduan/pertanyaan> dan hantar ke 39222. Pengguna juga boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan laman sosial facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

(Kredit Info-->BERNAMA)

Nota Comel-->Apalagi bagi korang yang tinggal di kawasan yang dinyatakan,cucilah awal2 baldi & botol.Tadah air tu....tadah juga.Tapi jangan lupa tutup baldi,nanti nyamuk buat port pulak.Bahaya kalau kena denggi.Basuh juga pakaian yang bertimbun tu,kang hapak pulak sementara nak tunggu bekalan air pulih.Ok selamat menjamu selera dan jangan lupa solat Zohor ye.Assalammualaikum.

P/S-->Teringat masa di kampung,dulu2 atok kite tadah air dalam tempayan.Perghh satu pagi tu nak mandi,atok jirus kite ngan air tempayan.Mak aihh sejuk weihhhh...tapi best.Zaman la ni semua dok mandi pakai water heater.Orang la ni manja sangat...tu selalu sakit sana sakit sini.Bagus mandi dengan air sejuk,kuat tulang...itu kata orang..bukan kite kata.Ok bye.

4 comments

tu yang wat sume orang wat pembelian panik tong2 dan besen2 kan... abis clear sume tong2 kat super market :)

23/6/11 23:28

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

yelah.masa nilah penjual naikkan harga baldi.kesimpulannya beli je tempayan,habis citer.

as salam..
oh! tada air. satu dugaan dari-Nya.
maka, berjimat cermat. tadah air, jangan sampai membazir..huhu

haha! pakcik sampai sekarang, kalau balik kampung, gemar mandi air bukit. sumber air mata air bukit.
woo..segar! nyaman!

=)

http://fadzli-rt.blogspot.com

24/6/11 07:24

@Подтверждаю

wah jeles...jeles.kite takde kampung yg sebenar-benar kampung.kampung dlm bandar.tak pernah rasa mandi air bukit bestnyer!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...