1

Pesanan | Wahai Gadis & Wanita Jangan Parking Kat Tempat Yang Tak sepatutnya Korang Parking (Aduh Letih Menaip Ni)

19:16 |


Lokasi  : Kawasan Komersial Di Salak Tinggi,Sepang,Selangor


Masa : 3 Petang


Pelakon Utama (Bukan nama sebenar) : 

  • Miss Rambut Senget dan Kereta Waja
  • Mr Burn dan 4WD



Pelakon Tak Diundang :  

  • Pelanggan di kedai-kedai makan berdekatan
  • Pekerja di office-office berdekatan
  • 2 orang pekerja yang comel,di tepian tingkap di sebalik tirai



1....2....3...Action!!!Erkkkkkkk.....CUT!!!

Kisahnya begini,masa kite khusyuk nak siapkan invois,terkejut dengar bunyi hon bertalu-talu,bertubi-tubi tanpa henti.Ingatkan kejap jelah tu.Heh makin menjadi-jadi pulak!Maka sekonyong-konyong kite ngan officemate bersembunyi di sebalik tirai di tepian tingkap.

Mr Burn-->Woit apa ni parking kat lorong.Dah tau ni bukan tempat parking.Kereta nak keluar masuk,kenapa park kat sini!!!

Miss Rambut Senget-->Lu tambi bising2 kenapa?Taulah aku!Sabarlah.Yang memekan hon tak henti2 kenapa hah?

Mr Burn-->You tarak fikir ka ini lorong untuk kereta lalu.Taulah sini susah parking,tapi jangan sampai park kat tempat tak sepatutnya.Tulah pompuan tau bawa kereta je,parking pun tak tau!Takde kepala hotak ke!Tarak fikir orang lain mau cepat!


Miss Rambut Senget-->Wohhh lu ni apahal hah!Nak jerit2.Kepala-kepala pulak!(Miss Senget yang sedang geram + malu menghempas pintu keretanya sambil berkata "...." kuat2.Dia pun reverse keretanya secara laju dan park dengan ganasnya di sebelah kereta lain.Dia pun turun dan masih tak puas hati lalu menghampiri Mr Burn.Nasib baik masa tu salah sorang officemate Miss Senget bergegas turun untuk redakan demam..heh...redakan keadaan.Pelanggan yang lain pulak cuba 'cool' kan Mr Burn.

Mr Burn-->Nasib you baik ini kali.I pun banyak lagi urusan,nak cepat jadi lambat sebab ini pompuan.Mr burn pun menjeling tajam dan 4WD nya menderu laju menerbitkan debu kepada pelanggan yang berdekatan.

Miss Senget melangkah laju mendaki tangga ke puncak kejayaan..heh...mendaki tangga ke office.Dengan mukanya yang merah,dia merenung tajam No.Plat Mr Burn dan masuk office lalu menghempas Sliding Door.Nasib baik tak pecah berderai.


Moral of the story-->Dah tau situ lorong,janganlah parking.Dok menjerit-jerit pun tak guna,dan sah2 awak salah.Memanglah kawasan office kitorang tu susah nak parking,siapa cepat dia dapat.Lagipun ada JPN,SYABAS,POS,AGRO BANK,PUSAT ZAKAT SELANGOR,SMART TAILOR dan banyak lagi office untuk orang ramai berurusan.Tapi jangan sampai parking kat tempat tak sepatutnya.


Jangan juga park kereta dekat pili bomba.Kang ada mana2 kedai atau office terbakar,susah pulak anggota bomba.Alahai...jadilah wanita yang cekap memandu dan juga tahu area mana boleh parking dan mana yang tidak.Ingat semula apa yang korang belajar masa nak ambil lesen memandu dulu2.Renung-renungkan dan selamat parking kereta yehaaa.....

1 comment

30/8/13 16:35

tolong mengaku silap..huk3.. >.< jgn fikirkan diri sndiri je.. >.<

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...