1

Renungan Hari Jumaat Untuk Para I.S.T.E.R.I

07:24 |
PAHALA ISTERI

"Wanita mudah masuk syurga,malah tidak sukar juga terjerumus ke neraka"....mana satu pilihan kita wahai Muslimah?

Allah itu sememangnya Maha Pemurah,Maha Pemberi.Dia yang Maha Agung,tidak ada satu pun yang mampu melawan-Nya.

Bergelar wanita,isteri dan ibu....sememangnya perkara mulia di sisi Allah.Setiap amanah yang diberikan apabila dilaksanakan dengan baik dan ikhlas maka ganjarannya ialah pahala berlipat ganda.

Berusahalah agar menjadi wanita sejati,ibu mithali dan isteri solehah.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Ya ,Fatimah,barang mana wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengerat kukunya (suami),Allah akan memberi minum akan dia (isteri) dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat"


Kredit Info:

  •  Majalah Nur~Jun 2011 Ruangan Hadis & Falsafah



1 comment

4/6/11 13:10

pagi jumaat hari tu pun kat opis ade ceramah pasal ni jugak hehehe.

perempuan nih banyak keistimewaannyer hihihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...