4

Renungan Malam Jumaat Di Bulan Rejab~Bina Taman Syurga

23:14 |
Oh bertuahnya dia!
Lelaki itu sempurna dan berharta
Rumah besar harta berjuta
Anak bijak isterinya jelita

Pangkatnya besar jadi sebutan
Dihormati walau di mana saja
Projek masuk tak menang tangan
Senyum lebar hingga telinga

Tapi itu kisah semalam
Hari ini serba tak kena
Tidurnya selalu terjaga
Mula terfikir apa tak kena

Oh kenapa hatinya gundah gulana
Bagai ada yang tak kena
Isterinya kata itu petanda
Simptom insomnia mula menjelma

Hatinya mula tertanya-tanya
Adakah ajal sudah tiba
Jiwa resah tak tahu puncanya
Berpeluh dahi memikirkannya

Kuasa Tuhan siapa yang tahu
Saat pintu hati hamba-Nya dibuka
Ke bilik solat langkah dituju
Merenung sejadah hadiah bonda

Pesan bonda teringat kembali
"Hidup di dunia sementara cuma,
Kita ini milik Ilahi,
Jagalah solat dan doa sentiasa
Agar hati tenang selamanya" 

Oh Ya Allah,suaranya berdoa
Malam yang sunyi diiringi esakan
Tangisan taubat seorang manusia
Yang sudah terjaga dari khayalan

Ampunkan aku,ampunkan keluargaku
Jahilnya aku,sombongnya aku
Patutlah hatiku gelisah selalu
Solat dan doa tiada dalam 'diariku'

Aku tak layak ke Syurga-Mu
Tapi aku takut ke Neraka-Mu
Solat akan ku jaga 5 waktu
Semoga kau ampuni aku
Itu janjiku.........

(Nukilan spontan dari hati~AleaSaRa~10.50 malam)



Binalah taman & syurga di hati,agar hati diselimuti kedamaian & ketenangan.

Mulalah memburu siang dengan nama Allah & lena malam dengan berbantalkan kalimat-Nya.


Baca Al-Quran & terjemahannya,tunaikan solat wajib & solat hajat,juga pohonlah agar diberikan jalan lurus dalam meniti kehidupan.

Jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali.


Jadilah bak mentari yang tidak pernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan


Petikan daripada buku Rawatlah Hati~Tulisan Dr.Robiah K.Hamzah




4 comments

as salam..
wah..gemersik intonasi hati..
pakcik suka =)

terima kasih ingta mengingati..
moga amalan sentiasa kita bajai dengan niat yang murni

=)

ameen..
terima kasih ziarah pakcik. kerap update selalu dan berikan pautan ke sb atau entri pakcik. insya'Allah pakcik datang singgah

;)

http://fadzli-rt.blogspot.com

24/6/11 01:05

puitis...merawat hati yang gundah-gulana.

24/6/11 07:20

@Подтверждаю

slm terima kasih ye sudi sggh support entri kwn2.takut dgn kehidupan di dunia,kiri dan kanan semua sibuk mengejar duniawi hingga lupa sifat kemanusiaan dan lupa tgjwb terhadap Allah s.w.t.insya Allah akan sentiasa sghh blog sahabat ^-*

24/6/11 07:20

@abuikhwan

hati kembali tenang bila baca entri2 sahabat ^-*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...