5

Sapa lelaki kelahiran Pahang...jom berjoget Pahang!!!

23:04 |



Alhamdulillah salam malam semua.Korang semua tentu dah baca artikel ni kan?Hurm kite dengar di radio Hot Fm masa di office.Wah tiba2 jadi topik hangat pulak tadi.Al-maklumlah sebagai blogger a.k.a wartawan kecil(ada sorang menteri tu kata..bukan kite kata),maka kite nak juga beri pendapat masa di office.


~Bos no.1 kite kata "Hah habislah gabra lelaki Pahang"


Bos no.2 kite pulak kata "Apalah,mana boleh nak samakan lelaki tempatan dengan warga asing.Memang tak pandai dan cari nahas jelah kalau pompuan Malaysia nak kahwin dengan warga asing"


Officemate HR kite lak kata "Hish Kak Lea,tak maulah.Tak minatlah dengan warga asing.Kang dah kawin diorang bawa lari balik kampung diorang,hidup susah,kena kerja membanting tulang...huisyy...selisih"


Sorang lagi officemate praktikal lak kata "Hah,itu tandanya lelaki tempatan kurang romantik.Cubalah jadi macam Seth Tan tu,dah tentu pompuan tempatan berebut nak lelaki Pahang tau!"



Joget Pahang ~Karya asal P.Ramlee
(Tulisan merah italic~di'adjust' oleh aleasara)
(p/s-->Lagu ini tiada kena mengena baik yang hidup mahupun mati,hanya bergurau je ye)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang



Dari Melaka
Ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau semua baik hati
Izinkan kami cari rezek
i



Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Kamilah
warga asing hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini



Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Perempuan sini jelita
Bikin hati goyang




Negeri Pahang ramai jejaka
Kayalah dengan budi bahasa
Niat di hati
hoi nak kahwin si dara
Tapi bangla,myanmar,indon,nepal pilihan si dia



Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalaulah begini 

Kami kekal bujang trang tang tang....




Nota Comel-->Rasanya lelaki Pahang tak kurang hebatnya.Perempuan zaman la ni bukan nak kan yang kacak bergaya tapi nak kan lelaki yang tidak tinggalkan solat,patuh perintah dan larangan Allah s.w.t,berkerjaya,ada simpanan,tidak menzalimi hak wanita,hormat ibu bapa dan orang tua.


Tak semua perempuan mengimpikan teman hidup yang romantik terlebih-lebih seperti Seth Tan.Kalau luaran macam Seth tan,tapi dalaman Se Tan,tak ke naya.Jadi tak kira lelaki Pahang ke,Selangor ke,Johor ke,Terengganu ke dan tak kisah negeri apa pun.Yang penting jadilah diri anda sendiri.Jangan beri warga asing pijak kepala dan ambil hak korang sedikit demi sedikit.Assalammualaikum.









5 comments

21/6/11 00:43

Bimbang pulak kawan rasa dengan berita ni...tapi tang ayat... "Rasanya lelaki Pahang tak kurang hebatnya" membuatkan kawan rasa bangga pulak. He3

21/6/11 03:28

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

21/6/11 04:11

He3, negeri2 lain macam mana?

Entry terbaru -> Bento Box Yang Kreatif Dan Menarik... (",)

21/6/11 05:42

@abuikhwan

hehehe...jg risau jejaka pahang dan negeri yg lain,masih menjadi pujaan si dara jelita tau!

21/6/11 05:44

@Budak Botak

itulah...negeri lain pun tak krg hebatnya.yg penting jadilah diri sdri...mesti si dara jelita tak lari he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...