2

Selalu Tenyeh Je Gincu.Rupanya Hujung Gincu Boleh Ungkap Personaliti Ler!!!

22:01 |
Hari-hari tenyeh gincu.Siang malam bila keluar tonyoh gincu.Tak kira warna....pink 'sirap bandung' ada,merah 'cili' ada,coklat 'teh susu' pun ada.Jenama pulak?Dari yang pasar malam ke downtown.Dari farmasi ke hypermarket...macam-macam ada!Memang gincu satu  'item' WAJIB ada dalam kehidupan setiap manusia yang bergelar perempuan dan SEPARA perempuan(erkkk??? )


APAKAH BENTUK HUJUNG GINCU ANDA?

Lipsticks shape 8 What does your lipstick shape say about YOU!?
1-->Tirus Tajam
Hujung gincu yang berbentuk tirus dan tajam menggambarkan penggunanya adalah seorang wanita yang berani,lincah,agresif,cintakan kebebasan dan tidak suka dikongkong.Mereka juga berani menyahut cabaran dan suka mencuba sesuatu yang baru.Namun sikap yang terlalu berani adakalanya membuatkan individu di sekeliling mereka berasa meluat.Justeru,berpada-padalah dengan setiap kelakuan anda.
Lipsticks shape 6 What does your lipstick shape say about YOU!?
2-->Rata
Jika bentuk hujung gincu kelihatan rata dan mendatar,ia menunjukkan penggunanya merupakan seorang wanita yang tenang dan low profile.Namun begitu,mereka sering dilabelkan sebagai individu yang kaku,terhegeh-hegeh dan lembap oleh masyarakat sekeliling.
Lipsticks shape 2 What does your lipstick shape say about YOU!?
3-->Bujur
Wanita ideal yang menjadi buruan ramai lelaki,itu gambaran bagi wanita yang mempunyai hujung gincu berbentuk bujur.Tidak kurang juga yang menyatakan mereka wanita seksi yang sentiasa ceria,positif dan memiliki ramai sahabat.
Lipsticks shape 3 What does your lipstick shape say about YOU!?
4-->Condong dan tajam
Bentuk hujung gincu yang tajam dan condong menunjukkan pemiliknya seorang yang terlalu berhati-hati dan cerewet.Mereka lebih gemar melakukan hal sendiri dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.Malah mereka tidak gemar bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman.
Lipsticks shape 4 What does your lipstick shape say about YOU!?
5-->Melengkung ke dalam
Wanita yang memiliki gincu yang melengkung ke dalam dikatakan seorang yang tidak sabar,rakus dan gelojoh.Selain bersikap terburu-buru,mereka juga becok,suka bergosip dan memiliki sikap iri hati serta tidak senang melihat individu lain melebihi diri mereka.

Nota Comel-->Hah apalagi!Geledah cepat beg mekap,selongkar handbag korang.Agak2 nak jadi wanita yang kelihatan seksi dan ideal,muncung-muncungkanlah mulut korang masa pakai gincu tu.Gelek-gelek je mana tau kot gincu tu kekal bujur je(ntah menjadi ntahkan tidak).Erk...babai...nak tengoklah gincu kite kategori mana he3.....


Kredit Info:
  • Majalah Harmoni~15-30 April 2011

2 comments

8/6/13 05:32

hehehe... entah r.. x ingt.. sbb al pakai lipbalm biasa je y wrna pink...kekekkee.. kalau mama smua ada kecuali no 2 tu...hehehe xD selepas lama pakai jadi r cm no 2.. :P ekkekek

8/6/13 22:44

@AiSyA LiEzArata2 semua pakai jadi no 2 tu he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...