3

Wanita Bersolek Demi Pikat Rakan Sejantina.Owhhh ye ke?Gurlsss.....pendapat korang pulak?

19:34 |
Ramai harap pujian kaum sejenis LONDON: Satu kajian mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina.


Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai.

Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki.

“Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple.

“Fakta bahawa ramai wanita mengambil berat mengenai apa yang difikirkan rakan wanita mengenai penampilan mereka adalah semula jadi.

“Secara keseluruhan, wanita lebih mengetahui apabila ia membabitkan pakaian, solekan dan gaya, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian wanita lain berbanding lelaki,” kata jurucakap terbabit.


Dalam kajian terbabit, lebih separuh wanita berkata mereka tidak pernah berdandan semata-mata hanya untuk menarik perhatian seorang lelaki manakala 22 peratus berpendapat bahawa pandangan seseorang lelaki langsung tidak penting bagi mereka.

Sejumlah 48 peratus wanita pula sebenarnya lebih suka untuk mendapatkan satu pujian daripada seorang wanita yang tidak dikenali berbanding seorang lelaki.

“Penampilan ternyata amat penting bagi wanita, mereka mahu sentiasa kelihatan menarik sepanjang masa.

“Ia lebih baik mengetahui bahawa wanita lebih suka menarik perhatian rakan sesama jantina dan ia langsung tidak ada kaitan dengan jantina bertentangan,” kata jurucakap Simple terbabit. – Agensi : Kredit Info--->Berita Harian





Salam sekali lagi di sini.Sebenarnya artikel ni kite baca dah kat office minggu lepas.Teringat nak share dengan korang pulak.Nasib baik godek2 kat BH Online,terjumpa artikel ni.Apa pendapat korang pulak?Kite pun akui setiap kali hendak ke office,kite akan fikirkan malam sebelum tu,apa ye nak pakai esok?Godek2 baju dalam almari,keluarkan 3 jenis antaranya sepasang baju,slack,kurung,tak ketinggalan tudung/shawl untuk digayakan.Maka berlengganglah kite pergi gosok kesemuanya.


Esoknya,dah acu kat badan,dah 'posing' depan cermin...ehhh tak naklah pakai.Maka ambil baju yang lain pulak.Nasib baik dah stand by gosok baju2 yang lain.Korang pernah tak macam ni?Kite bergaya mengikut usia dan status sebagai isteri dan mak budak.
Habis tu tak kan nak pakai kain batik dan baju kedah kot?Oh ye kite suka bergaya di office.Sebab kadang2 kite moody maka kite akan pakai baju yang cantik dan 'sweet' untuk naikkan balik mood.Bila pakai baju yang berwarna ceria juga,mampu bangkitkan kembali mood.


Melaram untuk dapatkan pujian rakan sejantina?Ye kite setuju.Di office kami sama2 puji-memuji kalau salah sorang dari kami pakai cantik dan bergaya.Dan suka bila dapat kongsi cara2 belit tudung/shawl he3.Pujian dan kritikan dari rakan sejantina adalah lagi ikhlas.Sebab hanya pompuan je yang tau apa yang terbaik,tercantik,sesuai atau tidak.Sama2 akan beritahu sama ada pakaian yang dipakai sesuai tak coraknya dengan bentuk badan mereka.Sesuai tak warna ni dengan diorang.Molek tak diorang pakai shawl lilit macam ni..belit macam tu.Mekap?Kitorang tak mekap tebal sebab senang nak cuci masa nak solat nanti.


Pandangan lelaki?Ye tak dinafikan ramai pereka fesyen adalah lelaki.Pendapat dan kritikan mereka juga adakalanya diperlukan kerana "pendapat lelaki ibarat cermin bagi wanita".Mereka tau apa yang nampak cantik dan 'kena' di badan wanita.Tetapi kalau bergaya hanya untuk menarik perhatian lelaki,itu tak semestinya.Bahaya kalau niat nak bergaya untuk menarik perhatian lelaki.Dah boleh menghampiri 'dosa2 kecil'.Apa2 pun jangan seksi sangat ke office ye nanti semput dada bos dan pengsan semua officemate lelaki.


"Jagalah prestasi dan disiplin korang di office.Jangan menjadi pekerja yang bergaya bak model tapi isi hampehhhh.Renung2kan dan selamat bekerja"

3 comments

18/6/11 20:43

berdandan itu perlu tp berpada2...
^_^...terjah dr belog abg ben...blog pilihan arini..hehehe

9/6/13 19:08

wah tomel x kak ton..

heemmm.. kak ton,
kak lea kite lagi tomel tau..^^

10/6/13 00:14

@Gee GTGhahahaha nakal budak ni cubit kang ngee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...