4

Ah!Wanita Cantik Hanya Tambah STRESS?Cantik Salah Tak Cantik Pun Salah...Adeihhhhh

16:26 |
Alhamdulillah salam sekali lagi.Apa kena mengena topik ni untuk entri kali ni ye?Kite tau semua dah baca Mingguan Malaysia dan artikel ini di ruangan Kucing Jantan-Si Belang.


Lumrahnya lelaki akan berasa senang hati apabila didampingi wanita cantik. Manakan tidak, ia akan memberi kesan dia lelaki super hebat kerana dapat memikat wanita cantik.

Egonya akan melambung tinggi. Hatinya berbunga-bunga. Bangga setengah mati, hidup bagai di alam khayal. Yelah, siapa tidak mahu dikelilingi dengan benda-benda yang cantik. Siapa tak bangga pasangan yang mendampinginya cantik.

Lantas, semua wanita mahu dirinya cantik, atau sekurang-kurangnya mahu kelihatan cantik sehingga sanggup berbelanja sakan untuk tujuan itu atas alasan mahu menarik perhatian. Bukan pula untuk suami tetapi orang lain.

Buruknya nafsu mahu kelihatan cantik itu tak pernah reda, macam tiada sempadan. Yang sudah cantik, mahu lebih cantik. Yang tak cantik pun terlebih perasan mahu dirinya cantik seperti ratu.

Mungkin sebab itu produk kecantikan wanita lebih mudah dijual. Daripada sekecil pewarna kuku sehingga kosmetik, jamu, pil, suntikan kolagen, botox sehingga bedah plastik sentiasa menjadi buruan.

Tapi tahukah mereka, wanita cantik menurut satu kaji selidik ternyata berbahaya kepada kesihatan seorang lelaki.

Kaji selidik di Sepanyol oleh University of Valencia itu mendapati walaupun hanya lima minit berduaan dengan wanita cantik, ia sudah cukup untuk menambah kadar cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki.

Hormon stres, cortisol menurut kaji selidik tersebut akan tambah meningkat kepada lelaki yang percaya bahawa wanita cantik di sisinya itu sebenarnya di luar jangkauannya.

Cortisol dalam kadar yang kecil memberi kesan positif termasuk meningkatkan kewaspadaan tetapi jika kadarnya tinggi ia boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis, hipertensi malah lemah tenaga batin.

Juga didapati jumlah adrenalin yang dilepaskan oleh lelaki semasa berbual dengan wanita cantik yang baru dikenalinya sama tingginya dengan seseorang yang mahu melakukan terjunan payung terjun. Bayangkan debar mahupun keterujaan yang perlu ditanggung dalam keadaan begitu.

Apatah lagi jika lelaki itu berharap untuk menjalin hubungan lebih akrab, sedangkan dia tahu banyak rintangan dan halangan yang tidak mampu untuk ditempuh. Maka, akan angaulah dia yang tidur tak lena, makan tak kenyang. Jadilah stres tak tentu fasal.

Mereka yang sudah beristeri dalam hati berkata, kalaulah aku masih bujang dan waktu boleh diundur. Yang hujang pula akan berkata-kata, kalaulah aku ada kemampuan kerana persaingan sengit untuk mendapatkannya.

Kaji selidik itu tentu sekali memberi khabar buruk kepada wanita cantik. Kalaupun hanya berbual lima minit sudah cukup melonjakkan kadar hormon stres lelaki, bayangkan jika berhubungan untuk jangka masa panjang. Tentu lebih banyak ujian dan cabarannya.

Yang tentu paling dibimbangi teman wanita cantik milik kita itu akan terpikat atau dipikat lelaki lain. Maka, hidup akan dibelenggu dengan kecurigaan dan kecemburuan.

Mungkin ini juga jawapan mengapa lelaki masih berpaling kepada wanita lain sedangkan kekasih atau isterinya ‘diiktiraf’ cantik. Barangkali hormon stres mereka sudah tinggi lantas mahu melepaskan diri daripada beban yang terpaksa ditanggung itu.

Jelaslah, buruk kesannya jika kecantikan yang dianugerahkan kepada wanita tidak diurus dengan baik. Jadi sedikit nasihat kepada wanita cantik, janganlah bermegah sangat dan menunjuk-nunjuk kecantikan yang ada. Cantik fizikal sahaja bukan modal untuk mengikat lelaki.

Berpada-padalah kerana anda sebenarnya hanya bikin lelaki stres dan alangkah eloknya cantik fizikal itu diimbangi dengan kecantikan dalaman. Molek adabnya, elok pula budi pekerti. Tapi zaman sekarang sukar untuk menemui wanita sekelas ini.

Juga berhati-hatilah wahai lelaki bila berhadapan dengan wanita cantik terutama yang mahu mempergunakan kecantikannya untuk tujuan tersirat. Wanita yang berperangai begini tentu sekali bakal meningkatkan kadar hormon stres lelaki berlipat kali ganda.

Komen Comel-->Memang semua wanita yang lahir ke dunia cantik belaka,molek bentuknya,indah senyumnya.Tetapi lagi cantik jika diiringi sifat rendah diri dan sentiasa ingat,setiap yang hidup milik-NYA. 


Lelaki juga sekarang bijak menilai perempuan yang cantik.Ada perempuan yang sederhana rupanya,tapi bila dia pandai menggayakan pakaian sopan yang nampak 'kena' je di mata,senyumnya ikhlas,tutur katanya lembut beradab,solatnya dijaga...rasanya itulah perempuan yang cantik di mata kite.


Janganlah kita di antara wanita yang menarik ramai lelaki ke NERAKA,di atas segala kecantikan dan kelebihan yang ada.Jagalah adabmu,jagalah matamu,jagalah tingkah lakumu,pilihlah pakaian yang sopan walaupun bertudung belum sampai seru.....Insya Allah akan ditutup keaibanmu sebagai seorang W.A.N.I.T.A C.A.N.T.I.K

4 comments

10/7/11 17:05

wohooo..dahsyat2..penangan cantik kpd kaum adam..moga2 kite sume cantik d pndangn ILLAHI.. :)

11/7/11 02:41

bagusnya entri ni..:)

11/7/11 12:29

teringat SELOROH dan GURAU SENDA seorg sahabat...
"kalau kahwin nanti nak cari wanita yg muka cantik walaupun perangai buruk, tk mahu perangai cantik tapi rupa paras huduh."

Sebab perangai tu boleh diubah, tapi muka camtu la...

Hai, macam-macam...

11/7/11 12:32

adeihhh....macam2 gaya bila bab pilih bakal isteri ni.tapi kalau muka sederhana bila selalu dibasahi dgn air wuduk,mulut tak kering dgn sebutan zikir di hati,maka kecantikan itu lagi menenangkan setiap lelaki yg memandang ^-*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...