0

Asma' 43~Al-Karim

23:43 |
Salam di bulan Syaaban.Alhamdulillah sekian lama tak kongsikan nama Allah yang indah ini.Asma Ul Husna yang ke-43 seterusnya ialah;


MAHA MULIA




AL-KARIM,Maha Mulia lagi Maha Pemurah.Sentiasa memberi kepada hamba-Nya tanpa meminta balasan.Begitu pemurahnya sehingga Dia melantik malaikat untuk berdoa ke atas kebajikan anda jika anda mempelajari dan mengingati Asma Ul Husna ini dan membacanya setiap hari.


1~Memperolehi kebaikan
Baca Ya Karim 270 kali sebelum tidur dan Allah S.W.T akan menjadikan anda mulia di dunia dan di akhirat.Kedudukan dan darjat anda juga akan diangkat,insya Allah.

2~Menghindari kemiskinan
Baca Ya Karim 100 kali insya Allah anda akan terhindar dari penyakit,kemiskinan dan suatu yang membimbangkan.Segala doa anda juga akan diterima.

3~Menuntut ilmu
Jika anda murid seorang guru agama,bacalah Ya Karim Ya Allah selepas solat Zohor.


Kredit Info-->

  • Buku Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...