0

B.E.R.S.I.H???Tak Pasal-pasal Area KLIA-Nilai Traffic Jam!!!

07:45 |
Salam pagi yang ceria!!!Gara2 B.E.R.S.I.H semua pengguna jalanraya dari arah KLIA menghala ke Nilai stress!Ada yang tepuk dahi,ada yang geleng kepala,ada yang muka masam muncung sedepa,ada yang berkerut dahi bak professor,ada yang hisap rokok lagi dan lagi dan lagi....


Itulah situasi yang berlaku semalam waktu petang.Jarang2 area kite ni traffic jam melainkan ada accident,kes kecurian di KLIA atau roadblock.Gara2 B.E.R.S.I.H roadblock terpaksa dilakukan untuk tujuan keselamatan.


Kite sebenarnya dah pulang dari kerja.Tiba2 jiran sebelah rumah minta tolong sebab kereta dia tiba2 rosak.Dia nak jemput anaknya dari salah sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Nilai.Kite pun mintalah tolong hubby untuk temankan kitorang berdua.



Perghhhh dari simpang Kota Warisan nak masuk Nilai,wallaaaa macam ada pesta pulak kereta,lori,bas,motor,van berderet2 di depan.Masa ni memang betul2 1Malaysia sebab toleh kanan India,toleh kiri Melayu,toleh depan Cina.Sampai ada satu Cina tu buka tingkap dan menjerit...."Haiyaa.....banyak susah sama olanglah.Bersih...apa itu bersih.Tarak fikir olang ada anak tunggu lumah.....balik lewat ini traffic jam..haiya..".Yang india pun geleng kepala dan tepuk dahi.Ye memang menyusahkan semua pengguna jalanraya.


Bayangkanlah semalam ada kereta lama yang tiba2 mati enjin,ada kereta yang kehabisan minyak(sebab stesyen minyak agak2 100 meter lagi tapi gara2 roadblock,bila nak sampai stesyen minyak tu?),ada yang gelisah sebab aircond rosak hingga terpaksa buka tingkap,anak2 terperangkap dalam bas sekolah(sudah pasti mengundang gelisah ibu yang tunggu di rumah).


Si isteri yang terperangkap dalam kereta(sudah pasti stress sebab kelam-kabut nak cepat ambil anak di taska),si suami yang mungkin sakit perut nak buang air besar tapi toilet kat stesyen minyak tak nampak bayang,apatah lagi toilet kat rumah..nun jauh terasa gara2 traffic jam).


P/S-->Hurm berdebar2 juga apa terjadi hari ini ye di KL?Oh ye semalam di office bos ngan kitorang semua berdebat tentang BERSIH.Masa masing2 bagi pendapat,bos kite check FB dia dan adalah sorang kawan dia ni update status.


"ESOK AKU TAK KIRA.AKU DAH PAKSA BINI NGAN ANAK2 KECIL AKU PAKAI BAJU BERSIH MESTI COLOR KUNING.AKU PEDULI APA ORANG NAK KATA.INI HAK AKU DEMI NEGARA.AKU DAH PESAN NGAN BINI AKU JANGAN LUPA BAWA BOTOL,SABIT,PARANG.MAK MERTUA AKU DAH RISAU TAPI PEDULI APA AKU.BINI NGAN ANAK KENA DENGAR CAKAP AKU,BANGUN AWAL PAGI.MESTI BAJU BERSIH COLOR KUNING,WAJIB!!!INILAH MASANYA KERAJAAN KENA TAHU APA YANG RAKYAT INGINKAN!


Maka ramailah beri komen jangan sertai BERSIH sambil bawa anak2,kesian diorang tak tau apa dan bla...bla.....Akhirnya dia balas;


KORANG NI KENAPA?AKU NAK BERSIHKAN RUMAHLAH!MASA CUTI HUJUNG MINGGULAH DAPAT NAK BERSIHKAN LALANG,CABUT RUMPUT,BERSIHKAN LONGKANG,AKU TAKUT DENGGILAH.BANYAK NYAMUK AREA RUMAH AKU DUDUK NI.APA?BERSIH?HUH TAKDE MASA.DARI JOIN BERSIH,BAIK AKU BERSIHKAN RUMAH LAGI BERFAEDAH!!!BAJU KUNING...AKU SAJA JE HE..HE..HE..."


Nota Comel-->Harap2 Ah Meng & Rajasamy masih bebas beli nasi lemak panas di gerai Mak Limah,Minachi & Ropeah pula bebas keluar masuk beli barang di kedai runcit Swee Ling,Ibrahim dan Ong Beng bebas beli putu mayam Gopal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...